Monday, October 14, 2013

Media Indonesia Gelar PDRM Sebagai POLISI BARBAR Kerana Tembak Tiga Rakyatnya Yang Jadi Penjenayah - "Polisi Malaysia Pengecut, Sedikit-sedikit Main Tembak"


Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) Jumhur Hidayat
 
Media Indonesia, Kompas.com memetik kenyataan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Jakarta yang mengecam tindakan PDRM menembak mati tiga orang rakyatnya di sebuah rumah pangsa di PPR Hiliran Ampang, beberapa hari lalu.
Moh Jumhur Hidayat menyatakan, polis Malaysia bertindak sebagai PENGECUT yang telah menembak mati penjenayah-penjenayah rakyat Indonesia tanpa mengambil kira pula ancaman yang dibuat oleh penjenayah-penjenayah terbabit sama ada terhadap anggota-anggota polis mahupun rakyat tempatan yang telah mereka jadikan sebagai mangsa.
JAKARTA, KOMPAS.com — Pemerintah Republik Indonesia memprotes penembakan terhadap empat warga negara Indonesia hingga tewas oleh polisi Malaysia. Polisi Malaysia juga dianggap senang main tembak.
 "Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, kan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan teroris," kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Jakarta, Minggu (13/10/2013).
"Saya mengecam keras tindakan barbar polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas," kata dia lagi. Baca selanjutnya di sini.
Terdapat jutaan rakyat Indonesia di Malaysia sama ada untuk mencari makan, belajar mahupun yang datang ke negara ini untuk bikin onar. Sehingga ke hari ini, kerajaan Malaysia masih lagi tidak menguatkuasa sepenuhnya undang-undang anti-pendatang asing, meskipun jumlah kehadiran pendatang asing di Malaysia sudah mencapai tahap bahaya.
Pembabitan rakyat asing dalam jenayah, terutama sekali yang membabitkan rakyat Indonesia bukanlah perkara baru. Dengan sikap penduduk tempatan yang mudah menerima orang luar bahkan melayan orang luar seperti ahli keluarga sendiri, telah mendorong lebih ramai rakyat asing, khususnya warga Indonesia menjadikan Malaysia sebagai tempat mereka mengubah kehidupan.
Amat menarik ialah apabila orang politik Indonesia seperti Jumhur bukan main pandai lagi mengecam pihak penguasa negara lain apabila melaksanakanpenguatkuasaan undang-undang tanpa mengambil kira bahawa pihaknya sendiri merupakan pesalah terbesar sehingga menyebabkan jutaan rakyatnya menyeberang ke negara ini untuk mencari rezeki.
Baca seterusnya : di sini

 

No comments:

Post a Comment