Tuesday, October 1, 2013

Manifestasi Kekalahan Ustaz Nasrudin Di Indera Mahkota


Parlimen Indera Mahkota (& Kuantan) dipegang oleh calon PKR sejak beberapa PRU yang lepas. Yang turut menyumbang kepada kemenangan tersebut ialah penyokong PAS. Mereka tidak teragak-agak untuk memberi undi mereka kepada calon PKR kerana parti itu adalah sahabat seperjuangan PAS. Persahabatan PAS-PKR telah menimbulkan satu persepsi yang meluas di kalangan penyokong PAS bahawa dasar perjuangan PKR adalah selari dengan tuntutan Islam. Apatah lagi mereka disogok dengan hujah-hujah berbau Islamik daripada NGO yang pro-AI. Latar belakang AI sebagai bekas aktivis gerakan Islam turut menjadi faktor penguat persepsi tersebut.

Walaupun PKR semakin dilingkari dengan isu-isu yang kritikal kepada umat Islam seperti liberalisme, pluralisme dsb., namun bagi penyokong PAS perkara itu adalah fitnah media & hanyalah permainan politik UMNO untuk memecahbelahkan ikatan PR. Persepsi tersebut bercambah menjadi keyakinan yang teguh apabila para agamawan PAS yang diharap dapat menegur keterlanjuran PKR hanya diam seribu bahasa. Dan yang menjadi mangsa diamnya para agamawan PAS adalah orang awam & penyokongnya sendiri!
Setelah sekian lama PR terbentuk, dasar perjuangannya semakin mengakar & sebati dalam pemikiran para penyokongnya. Sukar untuk dicabut & dijernihkan semula. Ulamak PAS yang akhirnya terpandang sisi sebenar perjuangan AI & PKR cuba membuat ‘damage control’. Malangnya, cadangan Dewan Ulamak PAS Pusat baru-baru ini untuk mengkaji semula tahalluf siasi dengan PKR mendapat reaksi yang dingin – satu bukti yang menunjukkan betapa selesanya penyokong PAS dalam dakapan PKR. Malah ada yang tanpa rasa hormat terus menuduh ulamak PAS sebagai ejen UMNO. Ustaz Nasrudin yang tentunya pro-ulamak PAS turut menerima tempiasnya. Kekalahannya di pemilihan PAS kawasan Indera Mahkota adalah satu lagi manifestasi kerancuan pemikiran sesetengah penyokong PAS mutakhir ini.
Adakah sudah terlambat untuk ulamak PAS meluruskan kembali kefahaman para penyokongnya? Adakah nasi sudah menjadi bubur? Sukar untuk dihuraikan hal tersebut. Mungkin ulamak PAS dapat menyelamatkan penyokongnya dengan meminta maaf kepada umum & mengakui kesalahan mereka semasa membuat ijtihad untuk ber’tahalluf-siasi’ dengan PKR sebelum ini.
P/S: Pernah terdengar komen penyokong baru PAS berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan-Islam. “Bagi je la mereka pakai. Mereka pun menyembah Tuhan yang sama!” credit

MORAL OF DA GAMBAR.

No comments:

Post a Comment