Kecuali
Zairil, semua 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih
semula hari ini adalah calon yang sama dipilih pada 15 Disember tahun
lalu.
Tiada
calon Melayu yang dipilih mengangotai CEC kerana Zairil
sendiri hanya menumpang nama ‘Khir Johari.’
Menurut
Helen Ang, Zairil adalah ‘blue-eyed
boy‘
Lim Guan Eng.
Walaupun
mengekalkan 20 nama daripada 66 calon yang dipilih sebelum ini, namun
kedudukan populariti pemenang itu telah berubah.
Lim
Kit Siang dan Lim Guan Eng pada pemilihan 15 Disember tahun lalu
mendapat undi terbanyak berada di tangga pertama dan kedua kini
tercalar populariti.
Kit
Siang jatuh ditangga ke 2, dipintas oleh Liew Chin Tong yang sebelum
ini mendapat tangga ke 15.
Chin
Tong merupakan pemikir DAP yang mengetuai REFSA (Research
for Social Advancement) walaupun mendapat undi paling tinggi, namun
mendapat posisi rendah bertaraf ‘exco’, Pengarah Pendidikan
Politik Kebangsaan.
Guan
Eng pula dari tangga kedua jatuh ke tangga ke-5, namun kekal sebagai
Setiusaha Agung DAP, posisi yang paling penting dalam parti itu.
‘Lima
Harimau‘ masih lagi mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai
20, meskipun pasangan sepupu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham diramalkan
FMT bakal terkeluar senarai.
Koo
Ham kekal di tangga ke-20, namun Kor Ming jatuh dari tangga ke-12 ke
tangga 19.
Chow
Kon Yeow pula naik dari tangga 14 ke tangga ke-8, manakala Boo Cheng
Hau jatuh satu tangga dari 17 ke 18.
Teng
Chang Kim kekal popularitinya ke tangga ke-10, namun tidak dilantik
apa-apa jawatan berbanding dengan Teresa Kok yang mendapat kedudukan
ke 13.
Teresa
Kok dilantik salah seorang daripada lima Naib Pengerusi DAP Pusat.
Bermula
dari jawatan pengerusi, timbalan pengerusi hingga naib adalah
individu yang pro kepada Dinasti Lim.
Dinasti
Lim merujuk terhadap penguasaan anak beranak, Kit Siang dan Guan Eng
terhadap parti DAP. Selanjut baca pendedahan DAP Insider, “Manipulasi
Perlembagaan
DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa” “DAP
Insider : 7 Kaedah Penipuan CEC DAP Ke-16” dan “Anthony
Loke & Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim”
Jenice
Lee menggelarkan kumpulan pro Dinasti Lim itu sebagai “Kumpulan
Empat‘ yang merujuk kepada Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh
dan Tan Kok Wai.
No comments:
Post a Comment