Blog Lim Kit Siang,
baru-baru ini menyiarkan tulisan Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang yang
bertajuk ‘What Utusan Doesn’t Know About DAP’ (Apa yang Utusan Tidak Tahu
Mengenai DAP).
Liew sebagai calon
yang mendapat undi tertinggi menganggap bahawa serangan Utusan terhadap Lim
Guan Eng, Setiausaha Agung DAP kerana gagal mendapat undi tertinggi dalam
pemilihan semula CEC sebagai melucukan. Hujah Liew lagi, sistem pemilihan CEC
DAP dilakukan secara lebih demokratik dengan membandingkannya dengan sejarah
pemilihan UMNO. Sedangkan hakikatnya, UMNO telah menyaksikan pertukaran
Presiden dan Naib Presiden beberapa kali tetapi DAP masih dipegang oleh orang
yang sama sejak dahulu lagi.
Oleh itu, pertama
sekali, kita ingin bertanya Liew bahawa benarkah serangan Utusan terhadap Lim
Guan Eng itu lucu? Kita percaya, jika ia lucu, maka Liew tidak akan membuang
masa menulis artikel ini untuk membela DAP dan menjaga air muka Lim Guan Eng.
Keduanya, Liew
nampaknya telah tidak faham isu yang ditulis oleh Utusan Malaysia mengenai CEC
DAP – mungkin kerana masalah pemahaman bahasa?
Untuk pengetahuan
Liew, isu di sini bukan tentang sistem pemilihan siapa yang lebih demokratik
antara DAP dan UMNO, tetapi tentang kenapa 753 perwakilan DAP telah tidak
menerima notis mesyuarat bagi pemilihan CEC Disember lalu? Dan kenapa DAP
menyatakan bahawa mereka menghantar surat memberitahu tidak akan hadir
sedangkan mereka menafikannya? Dan ia juga berkenaan kenapa 851 perwakilan
telah tidak hadir dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September lalu
dan juga kenapa terlalu ramai calon yang menarik diri di saat akhir?
Kenapa Liew tidak
menjawab isu ini? Kenapa perlu dituding jari kepada Utusan, ROS, UMNO dan
serata arah? Bukankah semua soalan ini mudah sahaja?
Justeru, rakyat
semakin yakin bahawa semua yang berlaku ini tentunya ada kena mengena dengan
jumlah undi Lim Guan Eng walau berapa pun undinya.
Liew juga
membangkitkan soal UMNO yang bersifat perkauman dan membandingkan dengan DAP
yang menerima Zairil Khir Johari, kononnya seorang Melayu, untuk memegang
jawatan dalam CEC. Nampaknya, Liew bukan sahaja tidak faham bahasa tetapi tidak
habis membaca . Jika Liew membaca, beliau tentu tahu bahawa pendedahan telah
dibuat secara besar-besaran oleh semua pihak bahawa Zairil bukan Melayu dan
semua orang-orang Melayu sudah tahu akan hakikat ini.
Nama Zairil ialah
Christopher dan bapanya ialah Howard Lim. Apa Liew ingat orang Melayu UMNO sama
bodoh dengan Melayu DAP untuk ditipu mengenai bangsa Zairil?
UMNO adalah parti
Melayu, kerana itu ia bekerjasama dengan MIC dan MCA bagi memastikan kaum lain
tidak terpinggir. Dengan cara itu, kaum India dan Cina turut mempunyai platform
yang sama kuat dengan UMNO untuk bersuara dalam politik negara.
Berbeza dengan DAP,
yang walaupun mendabik dada sebagai parti berbagai kaum tetapi DAP tidak
memberi peluang untuk Melayu dan India bersuara. Malah, kemelut yang melanda
CEC juga adalah berpunca dari majoriti perwakilan dari kaum India telah
dinafikan hak mengundi .
Untuk kaum Melayu
pula, DAP terus menipu dengan meletakkan Christopher Lim sebagai wakil Melayu!
Walhal, ada beberapa lagi Melayu lain yang telah berdekad-dekat membodohkan
diri kepada DAP tidak pula dilantik sebagai wakil Melayu. Mungkin DAP tahu,
bahawa mereka bodoh sebab itu tidak dilantik kerana kalau tidak bodoh mana
mungkin mereka terus setia bersama DAP sebegitu lama biarpun dipijak-pijak dan
disepak-sepak selalu.
Sungguh melucukan
(ini baru betul-betul lucu) apabila Liew menyalahkan Utusan Malaysia sebagai
punca tidak ramai Melayu menyertai DAP. Kononnya, berita-berita yang dilaporkan
oleh Utusan dan juga TV3 serta media-media UMNO lain sering menggambarkan DAP
sebagai begitu buruk sehingga orang Melayu takut untuk menyertai DAP.
Hakikatnya, DAP
berbuat yang sama terhadap UMNO dengan menggambarkan UMNO begitu rasis agar
orang-orang Cina menjauhkan BN. Tetapi, apa yang DAP tuduh terhadap UMNO tidak
benar dan mudah dipatahkan kerana seluruh dunia tahu betapa bertuahnya kaum
Cina di Malaysia yang diperintah oleh BN dan diterajui oleh UMNO!
Sebaliknya,
keburukan DAP yang disampaikan oleh Utusan Malaysia adalah benar belaka dan ia
disahkan sendiri oleh DAP melalui apa yang terjadi dalam pemilihan CEC.
Kesimpulannya Melayu tak masuk DAP bukan kerana Utusan Malaysia, tetapi kerana
Melayu tidak mahu diperintah oleh kiasu penipu, rasis, chauvinis dan komunis.
Justeru, berbalik
kepada artikel Liew yang bertanya ‘apa yang Utusan tidak tahu tentang DAP’,
maka jawapannya mudah iaitu Utusan tidak tahu kenapa 753 perwakilan DAP tidak
mendapat notis mesyuarat CEC Disember lalu dan ke mana perginya 851 perwakilan
DAP dalam pemilihan semula September lepas.
Bolehkah Liew tolong
jawabkan?
No comments:
Post a Comment