Dalam dua tiga hari ini kita rakyat Malaysia
dikhabarkan dengan berita gembira berikutan kejayaan pihak PDRM menumpaskan 6
penjenayah merbahaya di Kuala Lumpur dan
Ipoh. 3 semalam manakala 3 lagi ditumpaskan hari ini.
Bagi kita orang awam apabila disebutkan penjenayah
bersenjatapi tentunya kita merasa gerun kerana mereka mempunyai senjatapi dan
boleh memberi ketakutan kepada orang awam apabila mereka melakukan jenayah.
Ini merupakan kejayaan KDN yang diterajui Menterinya
Datuk Seri Zahid Hamidi dengan kerjasama erat PDRM dibawah pimpina KPN Tan Sri
Khalid Abu Bakar dalam apa yang dipanggil Ops Cantas Khas.
Setinggi tahniah atas kejayaan ini dan diharap lebih ramai lagi
penjenayah bersenjata merbahaya ini ditumpaskan. Ini kerana Kuala Lumpur berada
di tangga ke 6 sebagai kawasan paling tidak selamat, sebagaimana dakwaan DAP-PKR dan puak
Anwaris.
Jika ikut pembangkang, tiada satu apa pun yang betul dengan polis ni?
Orang awam ramai ditembak, polis yang salah kononnya tidak bertindak tegas serta gagal mengurangkan kadar jenayah. Namun apabila penjenayah ditembak, pihak polis pula disalahkan yang kononnya tidak mengikut prosedur dan sebagainya. Lebih melucukan saranan salah seorang pemimpin kanan pakatan pembangkang meminta polis "bersilat" jika penjenayah membawa parang.
Itulah dia pembangkang di Malaysia, hanya fikir masyuk saja.
Lagi banyak kejadian jenayah, dia lagi suka sebab boleh dapat wang hasil membela
para penjenayah ini bila di hadapkan ke Mahkamah.
No comments:
Post a Comment