NAMPAKNYA
rakyat Malaysia suka sangat berpolitik sehingga perkara tidak penting
mahu dijadikan isu besar.
Itulah
yang berlaku apabila sekumpulan 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) berhimpun di hadapan pintu masuk Parlimen pada 30 September
lalu bagi membantah pembentangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah
(APJ) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.
Selain
berhimpun, NGO terbabit turut menyerahkan memorandum bantahan kepada
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Hakikatnya,
pindaan APJ 1959 itu tidak merugikan mana-mana pihak kerana ia
bertujuan mewujudkan suasana selamat dalam kalangan rakyat negara
ini.
Dalam
erti kata lain, yang sepatutnya bimbang adalah golongan penjenayah
yang sebelum ini bersorak gembira setelah kerajaan memansuhkan
Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933.
Ketiadaan
kedua-dua akta berkenaan telah menyebabkan polis hilang taring untuk
membanteras dan mencegah jenayah terancang dengan lebih berkesan.
Pemansuhan
akta terbabit menyebabkan penjenayah mula menunjukkan lagak termasuk
melakukan jenayah secara terbuka sehingga menimbulkan ketakutan
rakyat.
Cadangan
pindaan APJ 1959 yang telah dibentangkan di Parlimen memberi kuasa
kepada pihak berkuasa menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun
tanpa perbicaraan.
Jika
pihak polis mahu membuat penahanan, mereka perlu membuat permohonan
dan menyakinkan hakim bahawa penjenayah berkenaan perlu ditahan.
Cukup
menggelikan hati kita apabila kumpulan yang mengadakan demonstrasi
itu menuduh kononnya kerajaan mahu mengembalikan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) 1960 dan menghalang kebebasan bersuara rakyat.
Adalah
jelas langkah itu bukan bertujuan mengembalikan akta lama berkenaan
kerana pindaan APJ 1959 hanya memberi kuasa yang terhad kepada pihak
polis berbanding ISA yang mempunyai ruang yang begitu luas dan
memberi kuasa tahanan tanpa proses mahkamah kepada polis dan Menteri
Dalam Negeri.
Pindaan
terbaharu itu juga bersifat lebih khusus untuk memerangi jenayah
terancang dan ia tidak akan membabitkan tahanan ahli politik seperti
ISA.
Dalam
erti kata lain, ahli politik yang percaya kepada apa jua pendirian
dan ideologi tidak sepatutnya bimbang kerana mereka bukannya
penjenayah yang boleh dikenakan tindakan setelah akta terbabit
dipinda.
Dalam
pada itu, mengimbau kembali ISA, kerajaan bertindak bijak untuk
memansuhkan undang-undang tahanan pencegahan itu bagi mengelakkan ia
digunakan secara sewenang-wenangnya.
Di
dalam akta ini, sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari
berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka
mengancam keselamatan negara.
Selepas
tempoh berkenaan, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama
tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri dan sekali
gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Sepanjang
sejarah antara yang paling ramai ditahan di bawah ISA adalah ketika
Operasi Lalang yang dibuat pada 27 Oktober 1987.
Dalam
operasi bagi meredakan ketegangan antara kaum ekoran kenyataan
Timbalan Presiden MCA ketika itu, Tan Sri Lee Kim Sai bahawa Melayu
juga pendatang telah menyaksikan 106 orang ditahan.
Antara
mereka yang pernah ditahan ketika operasi itu adalah daripada DAP
iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Pengerusinya, Karpal Singh;
Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan bekas Setiausaha Agung,
Kerk Kim Hock.
Itu
adalah penahanan kali kedua Kit Siang di bawah ISA setelah ditangkap
di bawah akta sama pada 1969.
Daripada
kalangan Pas ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden,
Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan
bekas Ketua Pemuda, Halim Arshat.
Penahanan
itu adalah kali kedua bagi Mohamad yang pernah ditahan selama dua
tahun dari 1984 sehingga 1986.
No comments:
Post a Comment