SEAKAN dapat
menghidu pemilihan kali ini pun akan dipertikaikan
oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), Pengerusi DAP, Karpal Singh
awal-awal sudah mengugut untuk menyaman Ketua Pengarah RoS
kalau masih tidak mengiktiraf pemilihan semula DAP yang
dijalankan di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya, 29
September lepas.
Apa
pulak ada syarat baru di negara ini kalau nak saman
kena ugut dulu ke? Nak saman, saman jelah, apa
nak ugut-ugut?
Cakap
pasal ugut, dah berapa kali dah si Karpal ni
ugut nak saman orang, tapi sampai sudah tak
saman-saman pun. Tahun 2009 ugut nak saman Sultan
Perak, tahun lepas ugut nak saman Nasharudin Mat Isa,
tapi sampai sudah tak saman pun.
Yang
ugut nak saman Sultan Perak tu, samannya
tak jalan, Karpal pulak yang dituduh dan didakwa
kerana cuba menghasut.
Sementara
ramai orang kata UMNO ada special
case, DAP
pun nampaknya ada special
case juga.
Bermaharajelela betul parti ni nak buat apa yang dia
suka nak buat. Pemilihan tunggang langgang, ahli dipecat
boleh jadi perwakilan dan sebagainya, tapi yang dipersalahkan
ialah RoS.
Apa
terer ke Karpal bila Jenice Lee yang dia sendiri dah pecat
boleh jadi perwakilan? Undang-undang
dan perlembagaan parti sendiri pun tak faham,
nak cakap macam bagus pulak.
Kalau
betul RoS salah dari mula, kenapa adakan juga
pemilihan balik, samanlah waktu arahan itu keluar,
biar mahkamah decide.
Tapi
sebab alasan budak sekolah MS Excel silap tu diketahui
tak akan menyakinkan mana-mana hakim dalam dunia
untuk menyebelahi DAP, maka akur jugalah pada arahan RoS.
Ini
saja bukti memang RoS tak salah dari mula, yang
salah ini DAP.
Penulis
gesa supaya kerajaan gubal satu undang-undang dimana tindakan
boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang
cuba halang agensi awam dari menjalankan tugas. DAP
ni kita tau memang parti samseng, tapi dia lebih
terserlah samsengnya tu bila agensi kerajaan pun
dia ugut juga.
Apa
DAP ingat dia atas undang-undang ke,
boleh buat suka hati? Setakat lawyer
ramai, itu bukan jaminan DAP dah baik segala segi.
Kalau baik sangat, taklah jadi apa yang
jadi sekarang.
Rakyat
dibawah cukup tak senang hati dengan parti sokong komunis
macam DAP ni.
Kerajaan dia ugut, Sultan
dia ugut, apa yang dia tak ugut? Kita
nak biar sampai bila, nak tunggu kalah
dulu ke baru nak ketuk kepala?
No comments:
Post a Comment