Datuk
maharajalela sanggup mati demi mempertahankan maruah Islam dan bangsa
melayu dari di injak-injak oleh penjajah jww birch. Apa lagi
penghinaan yang tidak dihadapkan kepada Melayu dan Islam?
Bermula dari
status Melayu yang dikatakan, bukanlah satu bangsa, sebaliknya hanya
bermaksud ‘Pelarian’ yang entah asal istilah bahasa apa,
sehinggalah Islam dihina dengan pelbagai cara, termasuklah tempat
ibadat Islam disekutukan dengan agama lain.
Sehingga
sekarang, belum ada seorang pun Melayu yang mengangkat senjata,
memburu pengkhianat yang tidak tahu diuntung atau berarak
beramai-ramai, melakukan hartal atau mogok di seluruh negara kerana
penghinaan yang dibuat oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Orang
Melayu dan umat Islam di negara ini masih lagi bersabar dan kesabaran
mereka sangat hebat.
Kalau
dibandingkan dengan Cina, kesabaran Melayu dan umat Islam bagaikan
membandingkan warna putih dengan warna hitam. Kalau dibandingkan
antara kesabaran orang India dengan kesabaran Melayu seperti
membandingkan Rama dengan Hanuman.
Barangkali
semenjak pendudukan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Melayu sudah
lama lali dengan pelbagai penghinaan yang dilemparkan kepada mereka.
Bahkan semenjak British secara rasmi menjajah negara ini bermula dari
tahun 1874, Melayu sudah menganggap penghinaan adalah sebahagian
daripada rukun menjadi Melayu di negara ini.
Bermula dari
tahun 1950-an, Melayu dihina lagi. Desakan untuk mendapatkan
kemerdekaan, akhirnya membuatkan Melayu terpaksa akur. Cina dan India
yang sebelum itu merupakan pendatang yang dibawa masuk oleh British
untuk bekerja di lombong dan ladang, perlu diterima sebagai
sebahagian daripada warga negara ini kalau hendak merdeka. Mereka
perlu diterima dan diberikan hak yang sama dengan Melayu dan
Bumiputera lainnya.
Kini sejarah
berulang semula tanpa disedari oleh anak-anak muda Melayu-Bumiputera.
Mereka terus dihina dan diperlakukan seperti anjing. Dengan
beralasankan keterbukaan dan liberalisme, anak-anak muda Melayu yang
tergoda dengan pelbagai isme yang dihias dengan pelbagai kecantikan,
guna untuk menjahanamkan Melayu. Sumber artikel: klik sini
Ya, inilah masanya. 'Ini kalilah', meminjam dari slogan pelat Cina yang sampai sekarang pun belum fasih berbahasa kebangsaan, Bahasa Melayu dengan betul. Apa dah jadi dengan Perkara 152, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, apabila masih semua Sekolah Jenis Kebangsaan (CINA) masih wujud di atas tanah MALAYsia ini?
Kerajaan Persekutuan
wajib menghentikan pembaziran melampau duit hasil cukai negara
setelah 56 tahun menyara perut sekolah-sekolah jenis kebangsaan
terutamanya SJK (CINA) akibat terlalu menjaga hati
persatuan-persatuan pelampau Cina seperti Dong Zhong, melalui
boneka-boneka mereka yakni antaranya DAP?
Apa guna menyusukan kera
dan siamang di hutan sedangkan anak sendiri mati kelaparan?! Bahasa
pengantar rasmi di sekolah adalah bahasa Melayu jika menurut
Perlembagaan Persekutuan dan kes-kes mahkamah yang sudah diputuskan.
Kata-kata anti rasis dan mahukan perpaduan hanyalah kenyataan
hipokrit saja kerana merekalah yang menolak idea sekolah wawasan oleh
Tun Dr Mahathir Mohamad. Hapuskan sekolah-sekolah vernakular.
Perlantikan
Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri KDN juga adalah satu langkah yang layak
dipuji memandangkan sifat ketegasan dan ketokohan beliau amat
diperlukan ketika ini di mana negara menghadapi cabaran getir untuk
dihadapi. Adalah diyakini berdasarkan sejarah 13 Mei 1969, kaum Cina
ialah satu bangsa yang apabila merasakan diri telah mempunyai sedikit
kekuatan di dalam wilayah yang diduduki, maka mereka akan mula
menunjukkan belang mereka.
Ini telah terbukti dengan berbagai-bagai
provokasi, posting-posting memfitnah, mencela, mengkeji dan
memburukkan para pemimpin Melayu dan asas-asas negara ini semakin
menjadi-jadi. Maka wajiblah kita mempunyai seorang panglima yang
mampu memberi penumbuk sulung terhadap mana-mana pihak terutamanya
dari pihak yang tak habis-habis mahu membuat rusuhan, tunjuk
perasaan, kekacauan serta pelanggaran undang-undang yang berterusan.
Majoriti
pemimpin pelampau Cina yang maha kiasu lagi racist yang membenci
nilai-nilai keMelayuan juga telah berjaya merosakkan JATI DIRI
sebahagian besar orang Melayu melalui Si Kitol-Si Kitol Melayu moden
yang sering bertopengkan kopiah, serban dan juga topeng-topeng
rusuhan, tunjuk rasa, LGBT, pluralisme dan penghapusan ketuanan
Melayu.
Janganlah
kita Melayu yang semakin menjadi seperti buih-buih di lautan ini
terus bergaduh lagi. Janganlah ada antara kita yang sanggup meludah
wajah saudara-saudara kita yang mengajak kepada perpaduan. Ingatlah
saudara sekalian, Allah memerintahkan agar kita 'wala
tafarraqu'. Jangan berpecah belah! Tapi bagaimana kalian orang Melayu
yang satu Tuhan satu aqidah hanya berdiam diri apabila muncul manusia
yang begitu lantang mahu MELUDAH wajah-wajah yang mahu
menyatu-padukan orang-orang Melayu di Malaysia ini?
Ramai
yang telah diracun minda mereka apabila melupakan perkara-perkara
yang telah diperjuangkan oleh orang-orang tua kita yang terdahulu.
Sila beli satu naskah untuk membaca sendiri apakah kandungan
Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia ini.
Perkara 3
menyatakan Islam ialah agama Persekutuan. Ingat tuan-tuan, Islam
ialah agama Persekutuan yang bukanlah 'agama rasmi' sahaja seperti
yang digembar-gemburkan oleh puak-puak Melayu tamak berbalut kain
atas kepala! Belum lagi dihurai peranan raja-raja Melayu. Seterusnya
Perkara 11 menetapkan agama lain tidak boleh disebar dan 'didakwah'
kan kepada orang Islam.
Bukankah itu satu asas yang bersambung dari
pada Perkara 3 tadi? Seterusnya, sila selak ke Perkara 160 yang
menegaskan lagi bahawa setiap MELAYU dalam Malaysia ini telah
automatik diIslamkan! Jadi tiada alasan lagi untuk Melayu yang sok
bagus dalam agama ini menidakkan perpaduan Melayu yang jauh lebih
penting dari sikap tamak haloba, dendam kesumat dan permusuhan silam
mereka. Insaflah segera.
Harapan
peribadi saya selaku seorang rakyat kerdil, rakyat marhaen di Malaysia
ini adalah untuk melihat bangsa saya yang saya sayangi ini bersatu
padu dalam mempertahankan kuasa yang saat ini masih dipegang oleh
pemimpin-pemimpin Melayu. Sudahlah ekonomi entah kemana, perjuangan
pendidikan pun hanya umpama ayam berkokok pagi.
Janganlah kita
lengah-lengahkan lagi usaha perpaduan. Bersatulah kita wahai
orang-orang Melayu. Survival politik Melayu adalah survival
perjuangan agama, bangsa, dan tanah air serta warisan ribuan tahun
raja-raja Melayu.
No comments:
Post a Comment