AIDCNews – 29/10/13 – Blogger pro
Pas, Wan Ji Wan Husein berpendapat Islam tidak sewajar diletakkan di bawah
sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang dipraktikkan sekarang kerana ia
akan merosakkan imej Islam.
“Saya tidak bersetuju institusi
keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.
“Buang aspek agama daripada
kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum
anjuran projek dialog yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak
Asasi.”
Projek Dialog disebut-sebut
sebagai projek Islamic Renaissance Front (IRF) untuk mempromosi mempromosi idea
liberal Islam di Malaysia.
Malah ia sinonim dengan Ahmad
Fuad Rahmad, penganalisa di Centre for Independent Journalism (CIJ) dan
Pengarah penyelidik IRF yang disebut laman irfront.net sebagai Editor
pengurusan www.projekdialog.com.
Wan Ji dilaporkan FMT
menggelarkan gelaran ‘ketua agama Islam’ untuk Yang di-Pertuan Agong yang
termaktub dalam perlembagaan adalah bidaah.
“Nabi Muhammad saw sendiri tidak
menggelar dirinya ketua agama Islam. Gelaran yang ada ialah Amir-al-Mukminin,
bermaksud ketua orang Islam.
“Gelaran ketua agama Islam itu
bidaah,” kata Wan Ji.
Selain Wan Ji, forum itu turut
disertai oleh kolumnis laman portal berita The Malay Mail Online. Zurairi AR
dan peguam Fadiah Nadwa Fikri yang juga merupakan Penolong Setiausaha IRF.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) turut dikritik Wan Ji yang menggelar jabatan itu sebagai Jabatan
Kekeliruan Islam Malaysia.
Beliau menambah bahawa perbuatan
pihak tertentu yang beragama Islam yang menidakkan hak bersuara bukan Islam
adalah bersamaan dengan menolak al-Quran.
Wan Ji turut mengulas mengenai
keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar
Katolik, Herald.
“Larangan itu tidak berasaskan
al-Quran. Untuk mereka yang beragama Islam, Allah itu satu manakala untuk
Kristian, tiga.
“Allah berfirman kebenaran akan
terserlah, kebatilan akan hancur. Jadi adakah kita meragui Islam?”
No comments:
Post a Comment