Ulasan
yang menarik dari Semut Hitam mengenai Hudud
Dikala
ini, ramai pemimpin PAS yang sibuk dok bercerita pasal perlaksanaan
Hukum Hudud. Masing - masing sibuk menjaja cerita pasal Hudud ni ke
hulu ke hilir.
Ada
jugak dikalangan pemimpin PAS ni yang ghairah bercerita pasal Hudud
turut membangkitkan nama Negara Brunei. Ramai yang puji pemimpin
Negara tersebut.
Tak
pelik jika Brunei laksanakan Hudud. Hakikatnya, Demografi penduduk di
Malaysia dan Brunei mempunyai perbezaa yang cukup ketara. Dan perkara
ini tidak dijelaskan oleh PAS.
Jika
dilihat, memang Brunei layak untuk melaksanakan Hudud. Populasi
penduduk di Negara tersebut melayakkan mereka untuk berbuat demikian.
Brunei
mengamalkan sistem Monarki Mutlak Berparlimen dimana Sultan adalah
Pemimpin Utama dan merupakan Ketua Agama Islam. Seluruh rakyat berada
dibawah naungannya.
Jelas
ianya menyangkal dakwaan dari Profesor Badut semalam yang
mengatakan Sultan
tak de hak ke atas mereka yang bukan Islam mengikut
Hukum Islam.
Dengan
hanya mempunyai rakyat seramai lebih kurang 400ribu orang, tidak
mustahil mereka mampu melaksanakan Hukum Hudud. Hampir 2/3 dari
mereka beragama Islam.
Tidak
ada sebab kenapa Hudud tidak boleh dilaksanakan di Brunei kerana
jumlah penduduknya yang tak berapa ramai tetapi pendapatan Negaranya
banyak.
Bayangkan.
Orang yang baru habis belajar pun diberi gaji oleh Kerajaan secara
bulanan. Jadi bab nak mencuri tak timbul sebab semua orang ada
pendapatan sendiri.
Nak
kata rakyat Brunei nak berzina pun payah sebab kalau nak kahwin
Kerajaan sendiri bagi duit belanja. Kahwin pun percuma. Rakyat cuma
kena bayar Mas Kahwin sahaja.
Inikan
pulak nak berpoligami. Ianya memang dianjurkan oleh pihak Kerajaan
sendiri. Jadi, isu berkaitan dengan zina memang tak timbul lansung di
Brunei.
Di
Malaysia ni sebut Poligami je dah mula ketar kepala. Ada yang siap
kena kejar dengan Parang lagi sampai terpaksa melarikan diri ke
Negara jiran.
Tapi,
jangan salah anggap apabila isu berkaitan dengan Hudud di Brunei ni
menyebut bahawa undang - undang tersebut hanya tertakluk kepada agama
Islam sahaja ye.
Kita
kena ingat bahawa Brunei hanya ada satu Mahkamah iaitu Mahkamah
Syariah. Maka seluruh penduduk tertakluk dibawah Hukum Syariah.
Nah!!!
Sekarang bezakan lah Brunei dengan Kelantan yang mana rakyatnya
sendiri pun tak de kerja. Terpaksa pergi ke tempat lain mencari
rezeki. Jadi, tak payah la sibuk nak mempolitikkan pasal Hudud ni
semata - mata untuk meraih sokongan orang!!!
No comments:
Post a Comment