Sekali lagi musim pemilihan PAS akan berlangsung iaitu pada 22.11.2013 ini di Shah Alam. Kecuali jawatan Presiden yang Datuk Seri Hadi Awang pegang tanpa ada pertandingan sejak Allahyarham Datuk Fadhil Nor kembali ke rahmatullah, semua jawatan utama dipertandingkan.
Daripada
jawatan Timbalan Presiden sampai Jawatankuasa Pusat, semuanya ada
pencabarnya! Dan seperti juga pemilihan sebelum ini, pertembungan
sengit berlaku diantara kumpulan pro-agamawan dan kumpulan
pro-anwarinas.
Sebagai
pemerhati dari jauh saya sangat mengharapkan supaya kumpulan
pro-anwarinas ini menang. Ini kerana kemenangan mereka akan pasti
memudahkan kerja UMNO untuk menghadapi dan memenangi PRU-14 nanti in
sya Allah.
Ini
terbukti didalam PRU-13 pada 05.05.2013 lepas bilamana PAS kehilangan
beberapa kerusi Parlimen dan DUN, malah hilang Kerajaan Negeri Kedah.
Kerana
apa?
Kerana
orang Melayu-Islam dah muak dengan gelagat dan perangai kumpulan
pro-anwarinas. Mereka dilihat sebagai kaldai tunggangan DAP, terlalu
taksub kepada Anwar, terlalu benci kepada orang Melayu-Islam yang
tidak sehaluan dengan mereka, dan macam-macam lagi.
Pokok
pangkalnya, mereka dilihat sebagai golongan yang tidak boleh diberi
kepercayaan untuk membela, memartabat dan mempertahankan maruah
bangsa dan agama!
Jadi
dalam diam saya percaya UMNO mengharapkan sangat kumpulan
pro-anwarinas mendapat kemenangan besar dan kumpulan pro-agamawan
kalah teruk. Dan perwakilan PAS akan dapat membantu UMNO mencapai
impian itu dengan memberi undi besar kepada kumpulan pro-anwarinas!
Satu
fenomena yang saya tak pernah tengok sebelum ini berlaku dalam
kepanasan kempen pemilihan PAS kali ini.
Banyak
yang beratur keluar kenyataan didalam akhbar Utusan Malaysia! Tetiba
akhbar Utusan sarat dengan kenyataan daripada orang PAS! Siap gambar
lagi!
Utusan
Malaysia!?!?!?
Suratkhabar
yang dikafirkan! Suratkhabar yang ditongsampahkan! Suratkhabar yang
mau dibakar!
Tau-tau
beratur masing-masing keluar kenyataan dalam Utusan Malaysia.
Dan
tiba-tiba ramai hero kampung muncul! Karpal Singh dan DAP menjadi
bahan godaman dan hentaman. Konon cerita Karpal hina PAS; Karpal
tidak menghormati PAS; Karpal tidak menghargai sumbangan PAS - hanya
kerana Karpal buat kenyataan PAS patut dilarang guna nama Islam.
Hero-hero
kampung yang selama ini senyap membisu macam bisul tumboh celah gigi
tau-tau menghunus pedang nak berjihad menentang Karpal Singh!
Karpal
tentu tersenyum senget melihat gelagat kaum yang sedang berhemPAS
pulas cuba menumpPASkan satu sama lain melalui publisiti dalam
suratkhabar UMNO pulak tu!
Tentu
Karpal Karpal Singh masih teringat sambutan harijadi ke 80 Mursyidul
Am PAS Datuk Nik Aziz dirumah dia siap dengan kek tu! Agaknya bau kek
tu pun masih belum hilang lagi!
Tau-tau
menjelang pemilihan ni Karpal Singh tu sekarang dah menjadi punching
bag jaguh-jaguh kampung yang berkompang sakan sekarang ni!
Sedangkan
rasanya kenyataan lebih teruk daripada itu Karpal pernah buat, tapi
hero-hero kampung ni sepi membisu je!
Masih
ingat 'over my dead body?'.
Masih
ingat 'hudud tidak boleh dilaksanakan?'.
Bukan
sahaja PAS tidak membantah, malah pernah ada pemimpin kanan PAS
menegaskan sesiapa menentang Karpal mesti langkah 'my dead body'
dulu!
Takkanlah
PAS sekarang baru nak sedar DAP memang tidak pernah menghormati PAS.
Bagi cauvinis rasis extremis ini, PAS hanyalah kaldai tunggangan
untuk mengelabui mata umat Melayu-Islam, alat untuk menjatuhkan
kerajaan Melayu-Islam UMNO, itu sahaja.
Kalau
hakikat itu pun PAS belum sedar lagi, memang dah parah penyakit angau
mereka-mereka ini!
Jadi
kepada perwakilan dan muktamirin PAS, undilah kaum pro-anwarinas,
bagilah mereka menang besar. Kalahkan kaum pro-agamawan, campak
mereka jauh-jauh macam campak Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan buang
macam sampah macam mana mereka buang Datuk Dr. Hasan Ali.
No comments:
Post a Comment