Melayu membentuk 54.9 peratus warganegara Malaysia pada Ogos 2013
mengikut unjuran Jabatan Perangkaan. Cina adalah 24.0 peratus daripada
jumlah penduduk warga.
Kaum Melayu yang 55 peratus (angka dibulatkan) ini berpecah empat cabang dalam sokongan politik mereka, iaitu:
- Umno
- PAS
- PKR
- Perkasa, Isma, dll
Kalau Umno mendapat sampai sokongan 60 peratus Melayu nanti pun, ini
bermakna Umno mendapat sokongan 32.9 peratus daripada penduduk negara
secara keseluruhannya.
Kalau DAP kelak mendapat 95 peratus sokongan Cina, ia bermaksud DAP
memperolehi sokongan 22.8 peratus daripada seluruh penduduk Malaysia.
Sokongan Umno yang 33 peratus itu (dibulatkan angka) terbatas kepada golongan Melayu kerana Umno adalah parti khusus satu kaum.
Sokongan DAP yang 23 peratus itu (dibulatkan angka) cukup mantap
daripada golongan Cina. Akan tetapi disebabkan DAP adalah parti pelbagai
kaum, maka 23 peratus ini masih boleh dikembangkan lagi dengan tambahan
sokongan kaum India, kaum Serani Kristian, kaum pribumi Kristian, dsb.
Natijah, jarak di antara Umno 33% (satu pertiga) dan DAP 23% ++ (suku) adalah tidak berapa besar jurangnya.
DAP sebenarnya kuat. Cuba ingat kepada kesan Obama.
Beza Umno dan DAP
Umno adalah PPTA – Parti Paling Tidak Apa – manakala DAP adalah parti yang paling agresif dan paling licik.
Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen tetapi BN yang diterajui parti
Melayu itu lantang diejek sebagai “kerajaan minoriti”. DAP yang pegang
38 kerusi Parlimen berlagak seolah-olah ia yang berwibawa (memilik moral authority) dan layak memerintah.
Jika dilihat pada gelagat kedua-dua parti tersebut, anda akan silap menyangka bahawa DAP lah yang 88 kerusi dan Umno, 38.
Sikap orang Melayu, orang Cina berbeza
Orang Melayu cukup teruja melihat Hannah Yeoh pakai tudung dan Ong Kian Ming kenakan songkok.
Orang Cina pula mentertawakan, mempersenda dan menghina Najib Razak tatkala beliau memakai baju Cina sempena Tahun Baru Cina
.
Jika dilihat pada gambar di atas, presiden MCA sendiri Chua Soi Lek
pun tidak memakai baju Cina. Presiden Umno sahaja yang melebih.
Apabila Perdana Menteri cuba menyebut beberapa patah perkataan dalam
bahasa Cina Mandarin sewaktu di konsert Psy (bintang pop Korea), Najib
diperli orang Cina — kenapa beliau tidak bercakap dalam bahasa Cina
Hokkien yang merupakan loghat lumrah Pulau Pinang.
Namun apabila politikus DAP cuba menyebut sekerat dua ayat Al-Quran
dalam bahasa Arab, orang Melayu memuji melangit seolah-olah evangelis
Jerusubang sudah mendapat hidayah dan akan memeluk Islam pada keesokan
hari.
ATAS: Lukisan Pulau Pinang dijajah British
Kenapa Melayu lemah di P. Pinang?
Negeri yang paling ramai penganut Kristian di Malaysia ialah Sarawak,
Sabah, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang.
Mengikut banci penduduk tahun 2010, Pulau Pinang mempunyai sejumlah
636,146 orang penduduk Melayu dan 670,400 orang penduduk Cina. Yang
keturunan India pun agak ramai, iaitu sebanyak 153,472 orang.
Ini bermakna, Melayu adalah 40.7%, Cina 42.9% dan India 9.83%
daripada penduduk Pulau Pinang. Sebenarnya Melayu tidak berapa jauh
ketinggalan berbanding Cina dari segi peratusan di Pulau Pinang.
Jadi kalau jumlah Melayu dan Cina lebih kurang sahaja (41% lwn 43%)
mengapa Cina boleh kuat dan Melayu lemah longlai? Adakah ia kerana sifat
Evangelista Bintang Tiga yang ada pada DAP?
DAP 3.0 talam dua muka
Taksub dan maksum: Perbandingan sikap
Orang Melayu tidak taksub kepada Umno. Sebaliknya ramai juga yang
memperlekehkan presiden Umno dan lebih ramai lagi yang benci pada ketua
Pemuda Umno.
Pemimpin Umno boleh dikritik oleh pengikut-pengikut mereka sendiri.
Orang Cina tidak begitu. Mereka menganggap pemimpin evangelis DAP mereka itu maksum.
Pemimpin DAP tidak dibenarkan pengikut-pengikut mereka untuk dikritik
oleh sesiapa mahupun selalu berputar alam. Mana-mana orang yang cuba
mengkritik Lim Guan Eng atau Hannah Yeoh akan diserang habis-habisan
oleh gerombolan pemuja mereka yang fanatik tahap gaban.
Ciri ‘personality cult’ yang merbahaya sedang menyelubungi dan mencengkam DAP.
Tokong in total control
Cuba anda lihat pada perjalanan dua sidang akhbar yang membabitkan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan pengerusi PKR Pulau Pinang. (Butir-butir boleh dibaca dalam posting awal pagi blog ini.)
Sidang akhbar yang melibatkan Salleh Man berlangsung 10 minit sahaja
dan sidang akhbar yang melibatkan Mansor Othman pula hanya sekadar 15
minit. Kedua-dua mereka dikerah untuk membaca kenyataan akhbar yang
ringkas menafi tuduhan.
Salleh dan Mansor tidak diberi peluang untuk membalas soalan wartawan. Guan Eng yang berada in total control. Nyata sekali bahawa Salleh dan Mansor hanya boneka dan Guan Eng ialah dalang.
Guan Eng seorang control freak yang berusaha mengawal ketat
apa-apa sumber pengaruh. Sebab itulah dia meletakkan diri sebagai
pengerusi banyak badan-badan separa kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan
di negerinya.
Tidak boleh dibawa berbicara lagi
Sifat Guan Eng ini juga mendorong kepada program cuci otak yang dibuat terhadap masyarakat Cina.
Pembersihan otak oleh DAP begitu cekap dan berkesan sehingga orang
Cina sekarang ini akan menelan bulat-bulat segala pembohongan, dakwaan
yang tidak masuk akal beserta tuduhan palsu yang dilontarkan parti
kesayangan mereka ke atas lawan atau pengkritik.
Permainan politik DAP adalah saban hari menghasut dan memfitnah.
Justeru itu, politik benci DAP yang sudah sebati dengan jiwa penyokong
parti itu menjadikan ianya mustahil bagi Dapster untuk diajak duduk
berbincang.
DAP kuat sebab sokongan Cina baginya terlampau kuat. PAS lemah sebab
sudah terpesong daripada perjuangan partinya dan hilang arah.
Layanan yang diterima PAS Pulau Pinang adalah petanda aras kepada
tekad dan kemampuan DAP bagi kita semua mengambil iktibar alamatnya.
No comments:
Post a Comment