Dewan
pemuda PAS yang bersidang kelmarin telah memutuskan untuk menolak usul
bagi mempertahankan kepimpinan ULAMA !
Bergema
segenap ruang dewan dengan perbahasan daripada perwakilan mereka dari
serata negeri bersungguh-sungguh menjadikan perlembagaan ciptaan puak
PAS sendiri sebagai kayu ukur atau ALKITAB memperkuatkan hujah
masing-masing.
Rentetan
daripada itu maka PASTILAH sememangnya PAS sudah lama berubah. Dari
pengamatan saya sebagai parti yang mengaku meletakkan Islam sebagai
perjuangan utama mereka tindakan menolak kepimpinan ULAMA cukup
memalukan.
Apakah
ULAMA dalam PAS sekarang ini langsung tidak bernilai ??
Apakah
definisi ULAMA dalam PAS sekarang ??
Adakah
ahli-ahli PAS yang mengaku bijaksana dalam agama Islam hanya
mengangap ULAMA sekadar penasihat kepada parti semata-mata ??
Saya sendiri kurang pasti tentang jawapannya namun jika di ambil kira dari
kenyataan Khalid Samad jelas apa yang telah berlaku menunjukkan ULAMA
sememangnya tiada tempat di hati ahli-ahli PAS untuk di angkat
sebagai pemimpin kerana mereka selayaknya berperanan memberikan
nasihat selebihnya di putuskan oleh kepimpinan eksekutif parti
seperti Presiden , Timbalan Presiden dan lain-lainnya.
Baca
sini Ulama
Dalam Parti Pas Sekadar Penasihat
Dalam
masa yang sama mereka turut mendoakan supaya Guan Eng memeluk Islam
kononnya atas hasil "tahaluf siyasi" yang di jalankan
selama ini di antara PAS dan DAP.
TAHNIAH diucapkan kepada perwakilan pemuda PAS kerana matang dalam membuat
keputusan.
Rasanya
persiapan ini sudah di lakukan awal lagi dan ianya sudah mula di
perkatakan sejak kempen PRU13 lalu.
Persoalannya
sedarkah mereka bahawa apa yang mereka gelarkan sebagai "tahaluf
siyasi" itu tidak pernah berlaku seperti mana yang di gambarkan
??
Tahukah
mereka bahawa selama ini yang berlaku hanyalah satu perjanjian atau
kontrak tanpa tandatangan di antara PAS dan DAP yang telah meletakkan
parti itu sebaris pelacur-pelacur dalam peti kaca di pusat-pusat
pelacuran yang bercambah di Pulau Pinang dan Selangor ?
Mana
mungkin semua itu berlaku sedangkan banyak perkara di tolak
mentah-mentah oleh kepimpinan DAP dan PAS pula seperti terkena nasi
kangkang mengiakan segala saranan dan teguran daripada mereka yang
bukan Islam dalam DAP !!
Inilah
sebenarnya RETORIK yang mahu di suap kepada rakyat kononnya PAS
sedang bergerak dan berusaha untuk membangun bersama Islam sedangkan
hakikatnya mereka sudah jauh tersasar daripada landasan yang
sepatutnya.
Bayangkan
mereka yang diangkat sebagai ULAMA pun di ketepikan oleh ahli-ahli di
peringkat akar umbi dan menjadikan perlembagaan ciptaan manusia
sebagai wadah untuk mengHALALkannya. Inikan pula mengimpikan si Guan
Eng memeluk Islam ??
Kita bukan menolak sebarang dakwah kepada mana-mana pihak apatah lagi
mereka-mereka itu memeluk Islam namun biarlah ianya logik dan bukan
di buat-buat.
Mengenepikan
peranan ulama untuk memimpin tetapi dalam masa yang sama boleh berdoa
supaya Guan Eng memeluk Islam !!
Brader
, siapa sebenarnya yang kamu mahu memimpin PAS ????
Guan
Eng ???
No comments:
Post a Comment