Akibat
angin kencang, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul
Azeez Abdul Rahim yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan Taufan
Haiyan di Tacloban, Filipina menerima empat jahitan selepas besi yang
digunakan untuk mendirikan khemah tumbang dan menghempap kepalanya,
kira-kira jam 1.45 petang tadi.
Sebelum kejadian di kawasan operasi sukarelawan berdekatan Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, dekat Taclon itu, Abdul Azeez sedang mengadakan perbincangan bersama dengan anggota sukarelawan lain selepas mengagih-agihkan bantuan di kawasan berdekatan.
Beliau
kemudiannya dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan
Angkatan Tentera Malaysia di Tacloban sebelum menerima empat jahitan
dan suntikan anti tetanus.
Abdul
Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling dilaporkan berada dalam keadaan
yang stabil.
Perak Today
No comments:
Post a Comment