Sidang
parlimen semalam menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen
pembangkang ‘meragam’ bagai anak nakal yang tidak mendengar
cakap. Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan
penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran.
N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat. Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan.
Bertitik
tolak dari itu, beliau telah digantung dari parlimen yang mana
menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan.
Justeru, rakyat semalam dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang, Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan.
Kita
tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga
menunjukkan sikap begitu kepada rakyat. Tetapi kita pasti tiada
rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka
ini.
Sikap
pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak
matang atau lebih tepat, terencat akal. Ini tentulah malang
bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah
negara maju. Seharusnya pembangkang bersikap professional dan
membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan
parlimen sebuah negara yang bergerak maju. Negara memerlukan
pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan untuk
memusnahkan.
Dalam
pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur,
sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan
jahiliah yang belum menerima tamadun.
Dalam
pembangkang menuduh kerajaan sebagai ‘separuh masak’, mereka pula
memperlihatkan sikap ‘tiga suku’.
Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang-orang dewasa, apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.
Jika
ingin membantah sekali pun, apakah perlu bersikap seperti orang tidak
siuman? Di manakah maruah diri? Apakah mereka menyangka
rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu? anggakah anak
isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang
bergelar pemimpin itu? Megahkah dapat mempertontonkan
keburukan diri kepada dunia?
Ahli
Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras
dengan kedudukannya sebagai pemimpin. Sikap ‘gila’ seperti
yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat.
Rakyat
semakin bimbang sekiranya mereka yang ‘gila’ ini berjaya menjadi
Menteri suatu hari nanti. Untuk itu, PR nampaknya telah memberi
bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu
ahli parlimen menjadi ‘gila’.
No comments:
Post a Comment