Sehari sebelum Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian Oktober lalu saya ada menulis berlaku sabotaj dari seseorang yang hendak menjatuhkan Mukhriz menerusi fitnah dalam Portal pro pembangkang - The Malaysia Insider. Keesokannya portal tersebut segera memohon maaf kepada Mukhriz. Beberapa hari lepas saya menulis UMNO
"kekurangan" pemimpin pelapis yang cerdik. Sebenarnya, sebab utama lebih mendasar
- orang-orang cerdik kebanyakkannya telah 'dibunuh' di peringkat cawangan dan
bahagian. Warlord UMNO tak suka orang-orang sebegini.
Di peringkat atasan, segelintir
pemimpin yang cerdik - atau kelihatan cerdik
macam Anwar satu ketika dulu - akan berusaha menghapuskan saingan yang
juga cerdik.
Pembunuhan orang cerdik dalam Sejarah
Melayu sering dikaitkan dengan Hang Nadim, yang mencadangkan kepada Raja
Singapura untuk menggunakan batang pisang lebih berkesan dari menggunakan betis
untuk melawan todak.
Apa punya penasihat Raja, itu pun tak
boleh fikir, tunggu Hang Nadim memberi cadangan baru nampak penyelesaian.
Membaca Romance of Three Kingdoms;
saya dapati Liu Bei, Cao Cao dan Sun Quan bukan hanya recruit seorang orang
cerdik, tapi ramai di bawah payroll mereka. Gengkhis Khan, walaupun barbarian
tetapi sangat berhati-hati mengarahkan tenteranya jangan membunuh orang-orang
cerdik untuk digunakan dalam empirenya.
Tapi dalam dunia Melayu, hanya
seorang cerdik dibenarkan hidup. Jika Hang Nadim tidak dibunuh agaknya, dia
akan membunuh orang cerdik lain. Raja, macam biasa, hanya akan dengar nasihat
consultant sahaja.
Setelah diterima sebagai orang
'cerdik' dalam dunia Melayu, dari prototype Melayu 'cerdik, liberal dan
progesif' insan itu akan memulakan cult dengan legion of fans nya. Proses ini
telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Anwar bin Ibrahim, cuma package yang
diterima ketika itu adalah 'Islamik, moderate dan lantang." Penjenamaan
boleh berubah ikut zaman.
Buat masa ini, 'liberal dan progesif'
mendapat tepuk tangan yang kuat kononnya dari akar umbi. Lagi sekali kasihan
UMNO.
Justeru itu Mukhriz perlu dibunuh.
Ini kerana beliau bukan sahaja memiliki segala seperti kecerdikan, nama besar
bapanya dan juga keberanian (beliau berani bertanding dikerusi yang tidak
pernah dimenangi BN sejak dulu lagi) namun Mukhriz seorang yang down to earth
dan humble.
Seperti bapanya, beliau memilih jalan
sukar. Bapanya tidak membenarkan beliau terlibat dalam politik ketika bapanya
berkuasa. Ini kesilapan Tun Mahathir kerana budaya UMNO hanya mengenang jasa
pemimpin 'sekarang'; yang masih boleh memberi contract dan perks.
Beliau menunjukkan keberanian apabila
berani melawan arus dan 'budaya yesman' UMNO apabila menghantar surat kepada
Tun Abdullah selepas PRU ke 12. Saya percaya Mukhriz tidak cuba mencari
popularity dengan hanya menjadi populist. He does the right things, even it may
effects his political career.
Seperti bapanya, saya percaya Mukhriz
ingin pengikut nampak kerjanya, bukan popularitynya. Proses ini lambat, dan
mungkin tidak diterima dalam budaya UMNO yang mudah kagum dengan insan seperti
Anwar Ibrahim.
Proses pembunuhan Mukhriz sedang
bermula. Antara yang melancarkan serangan adalah tidak lain tidak bukan ibu
Ketua Pemuda UMNO sendiri, Datuk Rahmah Abdul Hamid. Beliau berkata melalui
NST:
"Veteran Datuk Rahmah Abdul Hamid, 81, has found “experience” an important factor to consider when choosing the right candidate.“Anybody looking to be elected into office should have served the party, starting out at the lower ranks,” she said, while voicing her disappointment at the entrance of Kedah Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir into the vice-presidency race.“While I have nothing against him, I feel that Mukhriz has been pushed far too quickly up the ranks. He has not even served as division leader yet.“Umno works religiously from ground to the top and if you have not spent time building the party or being a coolie, then you will not understand the sentiments of party members.”She said Mukhriz should instead spend his time focusing on Kedah and get accepted by the people there first."
Tidak sukar meneka bukan? NST melalui
Regina Lee menemuramah seorang 'veteran' yang personan non grata. Bukan seorang
Ketua Bahagian, Ketua Wanita atau apa-apa jawatan. Kebetulan anaknya Ketua
Pemuda UMNO Malaysia saja.
Penghapusan waris Tun Mahathir perlu
dilakukan, dan amat disenangi oleh Regina Lee; Setiausaha Akhbar pro DAP. Tun
di label sebagai ultra Malay semasa hayat politiknya. Benih ultra itu perlu
dibunuh, diliberalkan dan dinamakan semula sebagai 'conservative'.
No comments:
Post a Comment