Gambar bawah dirakam di sidang akhbar
Lim Guan Eng dua hari lepas yang menyaksikan Salleh Man, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dipaksa menafi
bahawa DAP ada pernah campurtangan urusan Islam di negerinya.
Gambar yang satu lagi ialah sidang
akhbar Guan Eng pada Ogos 2012 yang mana Mansor Othman, pengerusi PKR Pulau
Pinang, dipaksa pula untuk menafi bahawa beliau pernah menyebut setiausaha
agung DAP itu sebagai seorang yang “cocky, arrogant, tokong”.
Heh, heh, heh … mana ada masalah
Dalam sidang akhbar 20 Nov tersebut
yang dipanggil Guan Eng, ketua PAS itu sekadar dibenarkan membaca ikut skrip
sebuah kenyataan dua perenggan.
Perjumpaan Salleh Man dengan
pemberita cepat sahaja tamat dalam jangkamasa 10 minit tanpa para wartawan
diberikan peluang untuk mengemukakan sebarang soalan, menurut satu laporan fz.com.
Manakala sidang akhbar yang dipanggil
Guan Eng bersama Mansor Othman pada 24 Ogos 2012 pun teramat singkat. Guan Eng
secara tiba-tiba menghentikan sidang selepas lebih kurang 15 minit ekoran
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang itu tergagap-gagap menghadapi
pertanyaan media.
Mengikut sebuah laporan Utusan, dia
telah mengajak beberapa orang kanan pentadbirannya yang menghadiri perjumpaan
itu untuk keluar ke bilik mesyuarat berasingan. Sekembali mereka semula ke
bilik sidang akhbar, Guan Eng dilihat menulis sesuatu dan memberi cebisan
kertas kepada Mansor. Sesi kemudiannya berakhir dengan kesemua
pemimpin-pemimpin Pakatan bergegas berpegangan tangan.
Gag order lah, apa lagi
Ketua Menteri Pulau Pinang
mengeluarkan perintah tutup mulut melarang pemimpin-pemimpin Pakatan berkata
apa-apa berkaitan keluhan badan perhubungan PAS.
Atas arahan Guan Eng, pesuruhjaya PAS
mengeluarkan kenyataan ringkas yang berikut:
“Merujuk kepada kenyataan NST pada
hari ini di muka surat 8, yang menyatakan bahawa ada berlakunya campur tangan
DAP dalam urusan hal ehwal Agama Islam di Pulau Pinang dengan tegasnya
menyangkal dakwaan tersebut.
“Di dalam kenyataan akhbar semalam
yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS, Ustaz Fauzi Yusof, tidak langsung
menyebut nama mana-mana parti politik. Oleh yang demikian, kenyataan NST hari
ini adalah lebih kepada manipulasi media bagi memecahbelahkan hubungan baik di
antara parti komponen Pakatan Rakyat.
Sekian, terima kasih.” – Datuk Mohd
Salleh Man
One, little two, little three, little
Melayus
Kalian masih ingat apa nasib Mansor
Othman setelah berani menegur Guan Eng sebagai “tokong” yang angkuh dan
sombong? Seperti yang dijangka orangramai, beliau telah ditamatkan kerjaya
malangnya di Komtar.
Setakat ini dengan hanya menjangkau
tempoh 6 tahun sahaja sejak memegang tampuk kuasa, Guan Eng sudahpun mempunyai
tiga orang Timbalan Ketua Menteri Melayu bersilih ganti.
- Mohammad Fairus Khairuddin (Mac 2008-April 2009) yang didesak meletak jawatan
- Mansor Othman (Jun 2009-Mei 2013) yang ditekan untuk berundur
- Mohd Rashid Hasnon (sekarang)
- Jelas pemimpin-pemimpin Melayu tidak mampu bertahan lama apabila berdepan dengan seorang Super Streetfighter Cina.
Hanya boneka DAP yang ikut cakap
Kecewa dengan rejim Lim Guan Eng,
perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang menggunakan pentas muktamar hari Khamis
sebagai medan bagi menggesa pucuk pimpinan partinya mengambil tindakan susulan
mengenai tahaluf siyasi yang dijalinkan kedua-dua parti itu, berita mStar
Online mengkhabarkan kelmarin.
“Tiada jalan nak kita kemukakan,
tiada medan untuk kita berbincang,” dedah Mohd Raduan Ramli.
Tambah Mohd Raduan, beliau berharap
pimpinan tertinggi parti itu akan mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat
mengenai situasi hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang, kata laporan mStar
tersebut.
“Kami berdepan dengan situasi ini dan
kami harap sahabat serta saudara dalam perjuangan usahlah mudah menaburkan
kata-kata tanpa mendapat cerita yang sebenar daripada kami yang berada di Pulau
Pinang.”
Namun Tuan Salleh Man pasti tidak
akan menyuarakan kisah sebenar rumahtangga bersama PAS dan DAP yang retak
menanti belah itu.
Seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment