NILAI - Dua ahli
Parlimen dan empat Adun dari DAP antara 19 individu yang ditahan polis kerana
menghalang operasi perobohan di Kampung Hakka, dekat Mantin semalam.
Mana janji manis mu Anwar
Bezanya di Kampung Buah Pala, tiada pemimpin-pemimpin DAP yang nak tunjuk taring kerana kampong Buah Pala dibawan pentadbiran DAP sendiri. Tiada yang meroyan.
Enam wakil rakyat
tersebut ialah Anthony Loke (Parlimen Seremban), Teo Kok Seong (Ahli Parlimen
Rasah), J Arul Kumar (Adun Nilai), P Gunasekaran (Adun Senawang), Chew Seh Yong
(Adun Bahau) dan Ng Chin Tsai (Adun Temiang).
Turut ditahan
Setiausaha Agung Parti Siosalis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan dua aktivis
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) iaitu Nalini Elumalai dan Thevarajan dan
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Hakka, Chong Tze Yaw.
Kesemua mereka
dibawa ke Balai Polis Mantin untuk diambil keterangan.
Ketua Polis Daerah
Nilai, Superitenden Mohd Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan penahanan
tersebut.
Bagaimanapun kesemua
wakil rakyat itu dibebas kira-kira jam 8.30 malam tadi dengan jaminan mulut
melalui peguam mereka iaitu Cha Kee Chin yang juga merupakan Adun Bukit
Kepayang.
“Sebanyak 19
tangkapan dibuat melibatkan 16 lelaki dan tiga wanita.
Daripada jumlah
berkenaan, dua merupakan Ahli Parlimen dan empat lagi Adun negeri ini manakala
baki selebihnya adalah aktivis organisasi bukan kerajaan (NGO).
“Kesemua ditahan dan
disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghalang
penjawat awam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Katanya, insiden
kekecohan berlaku bermula jam 9.30 pagi dengan tangkapan pertama bermula
kira-kira jam 10 pagi dan berterusan sehingga tengahari.
Untuk rekod, ini
bukan pertama kali polis membuat penahanan berhubung isu perobohan Kampung
Hakka 30 September lalu, pemimpin PSM itu dan 11 telah ditahan apabila mereka
cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu.
Difahamkan, seramai
80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban
selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
Pertikaian antara
penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan
mengosongkan kawasan seluas kira-kira 15 hektar bagi memberi laluan kepada
pihak pemaju Mega Nine bagi tujuan pembangunan komersil.
Dalam operasi
semalam tiga rumah stinggan dan sebuah dewan Persatuan Murid Tua Sekolah Chi
Chi, dekat situ dirobohkan.
Salah seorang
penduduk, Reena Sir Mohd, 32, berkata, Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya
dihalau daripada rumah sendiri, apatah lagi hanya mampu melihat kediaman
berkenaan rebah menyembah bumi.
“Kami sekeluarga
tidak menyangka akan ditimpa nasib sebegini rupa memandangkan sudah menetap di
Kampung Hakka sejak 45 tahun lalu tanpa sebarang masalah. Justeru, tiada apa
lagi dapat kami lakukan selain berserah sepenuhnya pada ALLAH.
“Buat masa ini, kami
bercadang untuk menyewa khemah bagi menempatkan segala kelengkapan rumah,
selain turut menjadi tempat berteduh,” katanya.
Seorang lagi, Kamal
Mohd Zain, 29, pula kesal kerana ditawarkan dengan pampasan yang tidak setimpal
oleh pihak pemaju jika dibanding dengan jumlah kerugian yang mereka alami.
“Kami akur dengan
perintah dikeluarkan mahkamah namun sukar untuk kami beri kerjasama
memandangkan pampasan diberikan terlalu sedikit. Kejadian sebegini tidak akan
berlaku sekiranya kerajaan negeri campur tangan.
“Sebenarnya, perkara
ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya pemaju mahu berunding dengan
penduduk. Kami pasti sudah berpindah sejak awal-awal lagi jika diberikan
penempatan baharu sebagai ganti, tidak kiralah apa jenis kediaman sekalipun,”
katanya.
Dalam pada itu, Mohd
Amin Sir Mohd, 31, berkata, peristiwa itu tidak akan dilupakan seumur hidupnya
kerana rumahnya dirobohkan sehari selepas ulang tahun kelahirannya.
“Nampaknya, inilah
kali terakhir saya menyambut ulang tahun kelahiran di rumah ini. Tidak tahulah,
ke mana saya dan keluarga akan membawa diri selepas ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment