Forum Ekonomi Islam
Dunia ke-9 menyaksikan Dato' Seri Najib Razak menandatangani Memorandum
Persefahaman dan juga Perjanjian bernilai USD720 juta (RM2.26 billion) dengan
beberapa pihak yang merangkumi potensi kerjasama, pembelian dan pajakan serta
perkhidmatan kesihatan.
Antaranya, BAE
Systems PLC iaitu satu dari empat syarikat yang dikenalpasti bagi program
penggantian MIG-29N, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS
Innovation Ltd untuk meneroka peluang bagi teknologi prototaip dan pusat pembangunan
di Malaysia.
Selain itu, Clixster
Mobile, Angkasa dan Hi-P International akan bekerjasama membangunkan,
mengeluarkan dan juga memasarkan Android smartphone dengan perisian dan
aplikasi Islamik untuk negara-negara Islam.
KFM Holdings Sdn Bhd
pula akan bekerjasama dengan YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk membina
kemudahan kesihatan yang canggih di Turki.
Felda Global
Ventures Holdings Bhd akan bekerjasama dnegan Cambridge Nanosystems bagi
mengeluarkan nanotiub karbon berkualiti tinggi daripada sisa kelapa sawit.
ACMS Trent Park Sdn
Bhd bersama dengan Exim Bank Malaysia akan membangunkan pelaburan ke atas 8.42
hektar tanah dan lebih 20 bangunan.
Ini adalah antara
'hasil' dari WIEF yang melibatkan Malaysia.
Bagaimanapun, tiada
satu pun di antaranya yang menarik minat pembangkang untuk diperkatakan. Pembangkang bagaimanapun, begitu seronok
memainkan gambar Perdana Menteri yang terlelap sekejap di atas pentas WIEF
tatkala program berlangsung.
Perdana Menteri yang
keletihan kerana telah bekerja tanpa henti sejak seminggu lalu. Beliau
dikhabarkan tidak berehat langsung bagi menyediakan Bajet 2014 dan seterusnya
membentangkannya pada hari Jumaat sebelum menghadiri Persidangan Parti Gerakan
pada hari berikutnya dan kemudiannya terus ke London pula untuk WIEF. Setibanya di sana, beliau terus memenuhi
jadual yang ketat termasuk perjumpaan dan acara rasmi dengan beberapa pemimpin
luar tanpa mengira somptom gangguan ritma masa.
Maka, tidak
hairanlah beliau begitu keletihan dan terlelap, itu pun setelah memastikan
semua tugas penting berjalan lancar.
Terpulang kepada
pengkritik untuk melihatnya sebagai satu tanda kelemahan, namun, apa yang pasti
ialah 'hasil' RM2.26 billion tentunya bukanlah satu tanda kelemahan. Jumlah itu dengan sendirinya membuktikan
keyakinan negara luar terhadap Malaysia sekali gus kebijaksanaan dan kecekapan
Perdana Menteri.
Jumlah itu juga
menjadikan segala pengorbanan masa dan tenaga beliau kepada negara adalah
berbaloi.
Seharusnya, pembangkang
turut merasa bangga dengan keyakinan negara luar terhadap Malaysia, bukannya
gembira mempermainkan Perdana Menteri yang telah bertungkus lumus untuk kita.
No comments:
Post a Comment