Gelaran
Dato Seri yang selama ini di berikan kepada Anwar Ibrahim langsung
tidak pernah di sentuh oleh mana-mana pihak. Kadang kalanya kita
hairan kenapa sehingga ke saat ini dengan pelbagai dakyah, gerakan,
pembohongan, penghinaan malah ada yang sampai ke tahap melibatkan
soal keselamatan negara kita masih diam tanpa mengambil sebarang
tindakan terhadap beliau.
Syed
Husin Ali melancarkan buku terbarunya bertajuk "The Malay Rulers:
Regression or Reform?" yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada
3 November 2013 di Dewan Ilmu, Petaling Jaya Community Library, 389,
Jalan Selangor, 46000 Petaling Jaya. Secara jelas sekali
Anwar Ibrahim sudah bersekongkol dengan Bekas Timbalan Presiden PKR,
Syed Husin Ali yang mempertikaikan institusi raja di negara ini.
Lihat perincian buku tersebut di sini. Jangan pula suatu hari nanti buku ini mudah didapati di MPH, Popular, Borders dan kedai kedai buku lain di negara ini.
Lihat video Syed Husin ini.
Syed
Husin secara jelas mempertikaikan maksud perkataan "patik"
yang dikatakan bermaksud "anjing" oleh Syed Husin. Manakala
ayat "menjunjung duli" pula dikatakan sebagai "menjunjung
tapak kaki".
Apabila
disemak dalam Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud
"patik" adalah seperti berikut. Tidak ada pula maksud
seperti yang diperkatakan oleh Syed Husin Ali. Kamus sosialis mana
yang disemak oleh Syed Husin?
Apabila
disemak perkataan "menjunjung duli" dalam Kamus Dewan
Bahasa Dan Pustaka tidak ada juga maksud yang diperkatakan oleh Syed
Husin Ali. Ini bermakna Syed Husin Ali berniat jahat dan cuba
mempertikaikan bahasa bahasa yang digunakan di istana untuk tujuan
politik jahat pembangkang.
Pihak
Majlis Raja Raja Melayu perlu mengadakan satu sidang khas untuk
membincangkan tentang buku yang ditulis oleh Syed Husin Ali ini dan
tindakan yang sesuai untuk pihak yang cuba menghina raja raja Melayu.
Politik jahat pembangkang ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana
akhirnya ianya akan menjadi virus yang boleh meracuni pemikiran
rakyat dan generasi akan datang.
Majlis
Raja Raja juga perlu bertindak tegas dengan menarik balik gelaran
Dato Seri yang sudah diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim. Secara jelas, Anwar Ibrahim adalah dalang di belakang
penulisan buku ini yang antara lain turut mempertikaikan institusi
raja dan perkara perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan
persekutuan.
Lucut
gelaran Anwar dan ambil tindakan pada Syed Husin.
Sumber : Angin Perubahan
No comments:
Post a Comment