LARANGAN
MENGADAKAN PERHIMPUNAN
28
Disember 2013 – Ketibaan Tahun Baru 2014 tentunya akan disambut
meriah di seluruh dunia. Rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada amalan saban
tahun tersebut. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan
sambutan Ambang Tahun Baru 2014, yang akan dimulakan pada waktu
petang 31 Disember 2013 dan dijangka berakhir di awal pagi 1 Januari
2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Banyak aktiviti sambutan telah
dirancang di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur. Antara lokasi sambutan di Kuala Lumpur adalah :
• Dataran
Putrajaya (anggaran kehadiran 100,000 orang)
• Dataran
Merdeka (anggaran kehadiran 20,000)
• Bukit
Bintang (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• KLCC
(anggaran kehadiran 30,000 orang)
• Terminal
TBS Sg. Besi (anggaran kehadiran 2,000 orang)
• Publica
Solaris Dutamas (anggaran kehadiran 1,000 orang)
• Desa
Park City Kepong (anggaran kehadiran 5,000 orang)
• Taman
Tasik Titiwangsa (anggaran 3,000 orang)
• Happy
Court City Kepong Baru (anggaran 1,000 orang)
Pada
masa yang sama, pihak Polis juga telah mendapat maklumat serta
risikan termasuk laporan-laporan Polis menunjukkan bahawa satu
perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat
oleh Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan
beberapa NGO di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari tersebut.
Dipercayai juga, mereka ini turut mengambil kesempatan untuk
berhimpun dan melahirkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan
seterusnya menimbulkan kekacauan.
Kumpulan
yang tidak bertanggungjawab ini telah mewawarkan dalam laman-laman
web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka
akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan
tersebut. Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang
tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan
cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk
bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan.
Tidak
dinafikan juga, bahawa kumpulan ini akan turut melakukan kekecohan
apabila hadir dengan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka,
membawa peralatan / senjata merbahaya seperti bom tangan, mask gas
malah mereka juga sanggup merempuh halangan dan bertempur dengan
pihak Polis serta lain-lain tindakan yang menyalahi undang-undang.
Dikhuatiri tindakan kumpulan ini akan mendatangkan ketegangan serta
menggangu keselesaan orang awam.
Terdapat
banyak Laporan Polis di seluruh Malaysia telah diterima berhubung
bantahan terhadap perhimpunan tersebut. Daripada laporan tersebut, 2
kes telah dibuka untuk siasatan bersabit Seksyen 124 (C) Kanun
Keseksaan kerana cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan
demokrasi berparlimen. Sehingga kini seramai (2) orang telah ditahan
iaitu Ismawi Bin Hadeni (KP : 880727-13-5773) dan Muhammad Azan bin
Safar (891121-14-6703).
Setakat
ini, Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang permohonan daripada
pihak Penganjur untuk mengadakan perhimpunan ini. Justeru,
penganjuran perhimpunan ini adalah menyalahi undang-undang dan
sesiapa sahaja yang menyertainya akan diambil tindakan tegas
berlandaskan undang-undang yang termaktub.
Orang
ramai diberi amaran supaya tidak menyertai dan menyokong usaha
kumpulan ini, kerana ianya menyalahi undang-undang dan kekecohan ini
boleh mengganggu gugat ketenteraman orang ramai yang hadir dengan
semangat dan harapan agar dapat menyambut tahun baru dengan
kegembiraan dalam suasana yang aman damai.
Pihak
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang di bawah
Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan (Aktiviti yang memudaratkan demokrasi
berparlimen) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan (Cubaan untuk
melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen) yang
boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Jalan-jalan
yang ditutup :
Bagi
memastikan lalulintas berjalan lancer dan orang ramai selesa,
beberapa jalan akan ditutp. Jalan-jalan yang akan ditutup adalah
seperti berikut :
• Jalan
Raja : ditutup mulai 12.00 tengah malam 30 Disember 2013
• Jalan
Susur Kinabalu ke Jalan Raja : ditutup mulai jam 6.00 petang pada 31
Disember 2013.
Orang
ramai dinasihatkan supaya :
• menggunakan
jalan – jalan alternatif dan elakkan dari menggunakan jalan –
jalan yang terlibat dengan penutupan atau pelencongan.
• Sila
gunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar.
• sentiasa
patuhi peraturan lalulintas dan arahan anggota polis yang bertugas.
No comments:
Post a Comment