Saturday, December 28, 2013

Pemborong Sedang Naikkan Harga Barangan Makanan, Kerajaan Juga Yang Dipersalahkan


Kenaikan harga barang belakangan ini amat meresahkan semua pihak sehingga ada pihak yang sanggup mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai mahu menggulingkan kerajaan dan ianya sedikit pun tidak memperbaiki harga barang di pasaran. 

Persoalan utama, adakah penganjur ini benar-benar faham tentang maksud kenaikan harga barang dan punca-puncanya? Perlukah Kerajaan mengawal keseluruhan harga barang di Malaysia. Tahukah anda dengan mengawal keseluruhan harga barang di pasaran, sistem ekonomi kita akan terjerumus kepada Sistem Ekonomi Tertutup sebagaimana yang dilaksanakan oleh negara-negara komunis yang mengawal kekayaan dan ekonomi negara dan rakyat secara keseluruhan. Tidak dinafikan Kerajaan ada peranan dalam pengawalan harga barang di Malaysia seperti subsidi, rebate dan sebagainya tetapi ada had dan tahapnya.

Bagi mereka yang kerap ke pasar untuk membeli makanan basah, perubahan harga pasti dapat dirasakan secara ketara. Biarpun Menteri KPDNKK menyatakan bahawa harga tidak banyak berubah, tetapi hakikatnya pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dengan nilai wang semakin kecil.

Secara mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah berkenaan.

Namun bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa kerajaan bukannya penguasa atau penentu harga di Malaysia, pasti akan melihat masalah sebenar kenaikan harga di Malaysia berakar umbi kepada golongan pemborong. Golongan pemborong yang merupakan antara golongan yang tidak tersentuh dek undang-undang, telah lama menjadi begitu berkuasa dalam penentuan harga dan melakukan tekanan serta desakan terhadap rakyat namun tidak pernah dipersalahkan dan terjejas.
Kenaikan Harga Barang
Beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana persatuan-persatuan pemborong, termasuklah persatuan-persatuan yang memberikan perkhidmatan seperti persatuan pengusaha bas sekolah, melakukan tekanan dan desakan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran. Sekalipun kerajaan memberikan amaran akan bertindak tegas terhadap kenaikan kadar bayaran yang tidak dibenarkan, mereka langsung tidak takut. Malah secara sinis, mewujudkan persepsi yang diterima ramai bahawa kerajaan tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memberi amaran kosong.

Persatuan-persatuan perniagaan yang berasaskan makanan juga turut menggunakan alasan pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Malah antara alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir dan negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya semata-mata untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh persatuan-persatuan pemborong itu.

Sekalipun di Malaysia, industri perikanan berada di bawah kuasa LKIM namun kegiatan pemborong pula seolah-olah tidak tertakluk di bawah Kementerian Pertanian, LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.
Kenaikan Harga Barang (1)
Penghujung 2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga berasaskan makanan tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah rpengguna. Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah menaikkan harga. Dan menariknya, apabila ditanya kepada pemborong, mereka segera menuding kepada kerajaan. Kononnya, kerajaan yang menaikkan harga dan ramai yang sangat percaya dengan tohmahan pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.

Kerajaan dipersalahkan kerana membuat keputusan berhubung tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa barangan lain. Seringkali keputusan kerajaan pula, amat tertakluk kepada tekanan daripada para pemborong ini. Bagi mengelakkan kekurangan barangan di pasaran, kerajaan akhirnya terpaksa berlembut hati dan menaikkan harga. Selain itu terdapat juga faktor perjanjian seperti dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan terpaksa akur.

Dan kesemua itu mempunyai alasannya yang tersendiri… alasan yang seringkali membabitkan faktor kos luaran menyebabkan kerajaan gagal mengekang kenaikan harga. Namun masalah paling utama kepada kerajaan adalah pemborong. Pemborong menentukan tekanan dan akhirnya kerajaan terpaksa akur bagi memastikan rakyat tidak kekurangan bekalan makanan.

Kebanyakan rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan perangkap pemborong yang berselindung di belakang parti-parti politik pembangkang terutama sekali DAP, akan segera menyalahkan kerajaan bagi sebarang kenaikan harga. Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis dan kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan kepada kerajaan walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan bagi membolehkan tekanan kepada permintaan dan harga dinaikkan.

Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di Malaysia bukanlah kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan tekanan  dan pemborong membiayai sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan menerusi demonstrasi dan kerja huru-hara yang lain, tetapi sebahagian rakyat tetap melihat Kerajaan yang bersalah. Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan.
sembako-naik
Ramai yang berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta minyak masak, tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan pasaran terus huru-hara apabila pihak yang monopolinya telah dipecahkan, bertindak membiayai pembangkang dan menyalahkan kerajaan selain mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.

Amat malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya seringkali berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya menganggap jalan termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan harga di dalam negara adalah dengan menukar kerajaan atau berdemonstrasi di jalanraya.

Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik para pemborong. 

No comments:

Post a Comment