Wednesday, December 25, 2013

Antara Perbicaraan Isu Liwat Anwar, Demo Guling Kerajaan Dan Ikan Melompat Ke Darat

IKAN

Panas”nya negara bila fitnah dan tohmahan menjadi “makanan” pembangkang. Lagu kejian dan cacian yang berterusan atas dasar politik kotor menenggelamkan segala kebaikan dan jasa kerajaan. Namun hakikatnya hanya segelintir mereka yang berkepentingan peribadi dan bersikap rasis melampau berkomplot huru harakan negara. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah turunkan bala  tsunami sekali lagi atas sikap rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan segala yang kita miliki. Allah telah menjanjikan akan menarik semula yang “Dia” berikan atas sikap kufur nikmat umat.

 Pada 24 Disember 2013 beribu-ribu ikan berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi. Penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. Ianya merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut. Sebelum berlaku tsunami di Acheh , perkara yang sama berlaku di Langkawi. Dan pada tanggal 26 Disember 2004 berlakulah tsunami yang menyebabkan persisir pantai barat turut mendapat tempias sehingga mengorbankan banyak nyawa di Langkawi dan Pulau Pinang.

Sikap pembangkang yang berterusan menabur fitnah atas apa sahaja isu yang mereka boleh manipulasikan  dengan menggunakan  fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat   buruk sangka, obses untuk  menjatuhkan nilai dan reputasi kerajaan. Setelah pembangkang gagal merampas kuasa dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, mereka beralih pula kepada Demo Jalanan yang bertujuan menggulingkan kerajaan  pada 31 Disember ini.

Mereka akan menggunakan apa sahaja cara walaupun cara itu terlalu kotor dan hancing.  Sebenarnya fenomena Demo Jalanan ini juga selalu dianjurkan untuk mengalihkan isu sebenar   terutama apabila hampir tiba  tarikh perbicaraan kes Anwar Ibrahim. Beliau  gagal  dalam permohonan untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

Anwar cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat beliau dengan mempergunakan akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan. Manakala semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Anwar.Tindakan Anwar melengah-lengahkan pendengaran rayuan tersebut gagal. Oleh itu Mahkamah telah  menetapkan 12 dan 13 Februari 2014 bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini merupakan titik mula lagi sekali Anwar mengerahkan perancangan Demo Jalanan Guling Kerajaan. Tujuan utama beliau untuk MENGALIHKAN ISU LIWAT. Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008

Fitnah yang melampau dan tindakan kekerasan menganiaya kerajaan yang hebat dilakukan oleh pembangkang benar-benar menganiaya kerajaan.  Doa mereka yang teraniaya ini  insyaallah dimakbulkan. Maka mereka yang menganiaya kerajaan ini perlu berwaspada dengan janji Allah ke atas mereka yang kufur nikmat.  Jadikan  perkara buruk sebagai sempadan bukannya teladan.  Kita tidak mahu rusuhan di Thailand berjangkit ke negara kita. 

No comments:

Post a Comment