NAK
dikirakan, rakyat yang menetap di Selangor adalah paling
tertekan atas pelbagai kenaikan yang telah dan akan berlaku
di negara kita.
Disamping beberapakenaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat keputusan
kerajaan persekutuan merasionalisasikan subsidi untuk memberi lebih
banyak kepada golongan sasar, rakyat Selangor
juga dibebani oleh kenaikan yang disebabkan
oleh pentadbiran negeri itu sendiri.
Antaranya,
kenaikan cukai pintu sebanyak 120%, harga rumah yang
30% lebih mahal dari negeri lain akibat caj pemajuan
yang dikenaikan kerajaan negeri untuk setiap
rumah siap, kenaikan caj parkir kereta
dan terbaru lesen perniagaan yang naik sebanyak 300%.
Semua kenaikan ini akan memberi kesan
kepada kehidupan rakyat Selangor. Orang bodoh
saja yang akan percaya kenaikan lesen
perniagaan sebanyak 300% itu tidak akan memberi
kesan kepada harga barangan dan perkhidmatan yang
dijual para peniaga.
Dalam
masa yang sama, banyak infrastruktur asas
di negeri tersebut tidak diselenggara dengan baik seperti
jalan-jalan raya kerana kerajaan negeri menyimpan
wang tersebut supaya rizab negeri tersebut nampak
banyak selalu.
Akibat dari kegagalan kerajaan negeri menyelenggara
jalan dengan baik, setiap pemilik kenderaan
terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk tujuan
penyelenggaraan.
Semua ini menjadikan
segalanya mahal dan menambah tekanan kepada rakyat Selangor
akhir-akhir ini. Itu tak disebutkan lagi peniaga yang
mengambil kesempatan menaikkan harga barangan asas seperti gas
memasak - turut dikesan berlaku di Selangor.
Kerajaan
persekutuan telah cuba
membantu dengan menyalurkan wang cukai rakyat Malaysia
sebanyak RM 400 juta untuk menahan kenaikan 13
konsesi tol dalam bandar (bukan antara bandar) di Selangor.
Tapi keadaan
itu akan berubah tidak lama lagi kerana tidak adil
kepada rakyat dari negeri lain membayar
untuk kemudahan yang hanya dinikmati rakyat Selangor
saja, bukan depa tu menyokong kerajaan BN pun (baca dari segi
majoriti).
Hampir
semua negeri di Malaysia ini tidak ada
tol dalam bandar (kecuali di Pulau Pinang kalau
tak silap penulis), tapi rakyat negeri-negeri
tersebut terpaksa membayar RM 400 juta dari kutipan
cukai mereka untuk kesenangan rakyat Selangor,
ini tidak patut dan tidak adil.
Orang Sabah
dan Sarawak lagi sakit hati, mereka tidak ada lebuhraya
bertol pun tapi cukai mereka turut digunakan
untuk menampung kesenangan rakyat Selangor.
Tindakan kepimpinan
kerajaan negeri menaikkan gaji
sendiri sebanyak beratus peratus, turut menyakitkan
hati rakyat Selangor, seolah-olah tidak peka
dengan kesusahan rakyat.
Untuk
menutup mulut, kakitangan kerajaan negeri diberi
setengah bulan bonus, dan 18,000
dari lebih setengah juta pelajar di Selangor,
dapat baucer kasut Bata sebanyak RM 30 – hasil selidikan
penulis, semua kasut sekolah Bata dijual
lebih RM 30.
Dahlah tak semua dapat, yang
dapat pun kena tambah duit baru dapat kasut.
Ironinya,
dalam masa yang sama. pemimpin-pemimpin dari parti
pembangkang yang sama juga yang menunjukkan prihatin
dengan kesusahan rakyat dah menyalahkan kerajaan BN
kononnya tak prihatin. Yang naik gaji beratus persen
tu prihatin sangat ke?
Maka
itulah untuk mengalih kesilapan mereka sendiri,
maka dirancang perhimpunan menggulingkan kerajaan pada
malam tahun baru – alasan menurunkan kos sara hidup.
Walhal
tidak ada apa barangan asas yang naik pun,
semuanya masih dalam keadaan terkawal, kecuali di Selangor,
akibat faktor-faktor yang penulis sebutkan di atas.
Itu saja ceritanya.
Pembangkang tidak boleh
membantu rakyat di negeri masing-masing pun
dalam soal kos sara hidup, walhal setiap satu perintah
satu negeri saja, lagi nak salahkan
kerajaan pusat yang perintah satu Malaysia pulak?
No comments:
Post a Comment