Anwar
Ibrahim adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji RM1 tetapi
menikmati terlalu banyak kemudahan yang sudah pasti berjuta kali
ganda berbanding gajinya, menggunakan wang rakyat Selangor untuk ke
sana ke mari. Sepanjang Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi
Negeri Selangor, tiada sebarang pembaharuan ekonomi yang dibawa oleh
Anwar Ibrahim walaupun PKR mendabik dada, kewangan negeri Selangor
jauh lebih hebat berbanding semasa pentadbiran Barisan
Nasional.
Ironinya, pertunjukan tersebut hanya melibatkan Khalid Ibrahim yang menggunapakai kaedah kapitalis berdasarkan pengalamannya selaku bekas CEO PNB. Anwar Ibrahim sekadar tumpang nama dan dapat kredit buta.
Awal-awal lagi, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor telah menaikkan gajinya, Exco serta ADUN-ADUN Selangor buat kali kedua dalam dua penggal pentadbirannya. Walaupun Anwar Ibrahim dan Azmin Ali cuba memperlihatkan kononnya mereka tidak suka dengan kenaikan tersebut, hakikatnya mereka cuma berlakon dengan Anwar Ibrahim sendiri telah menghantar surat kepada Parlimen meminta agar elaun Ahli Parlimen dinaikkan.
Mungkin sudah melihat tanda-tanda yang rakyat sedang melihat tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung kenaikan tol memandangkan kesemua lebuhraya yang menaikkan harga tol mereka berada di Selangor dan dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya, Anwar Ibrahim cuba menggunakan kemahirannya untuk menipu.
Kata Anwar, selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dia telah mendapatkan persetujuan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor untuk menghalang kenaikan tol tiga lebuhraya di mana Kerajaan Negeri Selangor adalah pemiliknya. Ini katanya, akan memberi isyarat jelas kepada Kerajaan Persekutuan agar tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada desakan syarikat-syarikat GLC yang juga merupakan pemegang konsensi lebuhraya.
Benarkah kata-kata Anwar Ibrahim itu memandangkan selama ini, Pakatan Rakyat di Selangor cukup kuat menipu dan kemudian pandai pula mengalihkan kesalahan mereka kepada UMNO dan Kerajaan Persekutuan?
Kalau cukai tanah dan harga hartanah yang sememangnya SEPENUHNYA berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor pun, telah dinaikkan berkali-kali ganda, mengapa pula dalam isu tol lebuhraya yang mana Kerajaan Negeri menguasai syer secara langsung atau menerusi anak-anak syarikat, arahan pemberhentian pengambilan tol pada kadar berlebihan boleh dilakukan?
Adakah Anwar Ibrahim fikir, semua orang terlalu bodoh untuk menelan semua pembohongannya?

No comments:
Post a Comment