Perlu
diakui bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan genius yang Allah
Taala anugerahkan kepada rakyat Malaysia. Sama seperti Tun Dr.
Mahathir Mohammad, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dijadikan Allah
Taala sebagai teladan.
Cuma
bezanya Dr. Mahathir menjadi teladan untuk kehebatan bangsa Melayu
dan manfaat yang diberikan kepada rakyat negara ini, termasuklah
kepada rakyat yang menentang dan mengecamnya sepanjang
masa.
Manakala
Anwar Ibrahim pula merupakan teladan kepada pengkhianatan dan
kejahatan dalam usaha mengejar cita-cita untuk menjadi penguasa.
Sejarah Melaka tahun 1511, kembali berulang bermula dari tahun 1982.
Sejarah Kedah yang tamadunnya berusia ribuan tahun, menjadi mundur
melalui ketamakan menjadi sultan dan raja apabila pihak yang diminta
tolong, bertindak sebagai penjajah.
Anwar
sanggup melakukan apa-apa sahaja. Tidak ada taktik dan teknik
penipuan yang tidak dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan
bukti-bukti terang dan nyata seperti kehadiran air maninya dalam
dubur Saiful Bukhari Azlan, berjaya meyakinkan para penyokongnya
bahawa semua itu hanyalah fitnah semata-mata.
Dan
teori mereka tentang bagaimana air mani itu boleh berada di dalam
dubur Saiful, sungguh menarik malah langsung tidak dapat diterima
akal oleh golongan yang waras. Namun bagi para penyokong Anwar
Ibrahim, tiada yang mustahil sehinggakan mereka begitu mempercayai
teori pemerasan air mani yang cuba dipopularkan oleh Anwar dan
barisan peguambelanya yang diketuai oleh Karpal Singh.
Sewaktu
perbicaraan dilangsungkan di Mahkamah Tinggi membabitkan kes yang
sama, Anwar dan barisan peguamnya begitu hebat. Mereka tidak sahaja
mematahkan hujah-hujah pendakwaraya tetapi juga turut mengeluarkan
pelbagai teori yang sangat baru dalam sejarah klinikologi dan
farmasikologi.
Namun
dalam rayuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan setelah kes
berkenaan dimenangi oleh Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi menerusi
kaedah teknikal dan bukannya fakta, Anwar Ibrahim nampaknya cuba
melengah-lengahkan masa menerusi pembantahannya terhadap Datuk Shafee
Abdullah, seorang peguam ternama yang menjadi pendakwaraya kes
berkenaan di Mahkamah Rayuan.
Tiada
sebarang alasan konkrit yang diberikan oleh Anwar Ibrahim, sebaliknya
Ketua Umum PKR itu membuktikan bahawa dia menguasai mahkamah apabila
enggan hadir ketika kes itu dibuka untuk dibicarakan. Anwar
sebaliknya berada di Washington hanya untuk menyampaikan ucapan
walaupun ucapannya itu tidak akan membuatkan dunia ini berpusing
terbalik.
Anwar
terus berusaha melengah-lengahkan masa perbicaraan. Anwar
mempertikaikan Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kes berkenaan.
Anwar memberi alasan dan cuba memberitahu para penyokongnya bahawa
dia enggan menerima Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kerana
Shafee bercita-cita untuk menjadi Peguam Negara.
Sudah
ada yang memperkatakan tentang hal tersebut. Sudah ada perbincangan
yang dilakukan tetapi Anwar Ibrahim dengan bijak, melarikan topik
perbincangan kepada isu kenaikan harga tol yang melibatkan Kerajaan
Negeri Selangor menerusi pemilikan lebuhraya di seluruh
Selangor.
Dan
kini tiada sesiapa pun yang memperincikan alasan-alasan remeh Anwar
Ibrahim tentang ketakutannya terhadap Shafee Abdullah dalam rayuan
kes liwatya di Mahkamah Rayuan kerana semuanya sibuk memperkatakan
tentang kenaikan tol yang tidak wajar.
No comments:
Post a Comment