31
Disember 2013 semakin hampir. Pakatan Rakyat semakin rancak
mempromosikan acara yang bakal mereka jalankan. Sambutan juga
nampaknya semakin memberangsangkan. Walaupun isu kenaikan harga dan
barangan di Selangor serta Pulau Pinang, jauh lebih hebat, namun
hangatnya tidak terasa. Bukan sahaja tidak terasa, bahkan rakyat
Selangor juga tidak tahu kenaikan apa yang telah dilakukan oleh
Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim berbanding
kenaikan yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat yang bakal berlaku
bermula 1 Januari 2014.
Pemuda UMNO yang bercakap gah tentang Briged Kesatria Muda mereka, nampaknya masih tidak bergerak. Ibdilillah yang telah dilantik mengetuai jentera maya Pemuda UMNO, nampaknya lebih seronok bergaya sakan untuk dimuatkan di dalam Instagram dan dihantarkan kepada para follower.
#LifeStyle yang dikatakan mampu membangkitkan UMNO semula, nampaknya jauh daripada realiti. UMNO masih belum sedar-sedar. MCA dan MIC juga masih tidak bangun-bangun. GERAKAN pula sudah lama tidak celik-celik walaupun sesekali kedengaran mereka bising di Pulau Pinang mendedahkan penyelewengan dan salah tadbir Lim Guan Eng.
Serangan yang dilakukan oleh komponen BN dari Semenanjung itu saling tidak ubah seperti serangan kecil-kecilan menggunakan batu oleh penduduk Palestin ke atas kereta kebal dan angkatan perang Israel yang lengkap bersenjata serta lengkap pula dengan peta dan strateginya.
Jentera penerangan UMNO nampaknya telah lumpuh sama sekali. Baik Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Ahmad Maslan, mahupun oleh Ibdilillah bagi pihak Pemuda UMNO. Barisan Exco Pemuda UMNO yang baru juga nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa, walaupun di dalam Whatsapp Group, sembang mereka cukup kemas dan azam mereka boleh menggegar gunung.
Itu senario yang sedang dihadapi oleh Barisan Nasional di Semenanjung. Kesemuanya sudah nazak dan lumpuh sepenuhnya. Pelbagai isu tidak dapat ditangani dan dijawab. Lebih menyakitkan hati para penyokong ialah apabila melihat gelagat para pemimpin yang mereka lantik dan pilih, berlagak seolah-olah kemenangan sudah berada dalam genggaman.
Perhatikan sahajalah gaya yang ditunjukkan oleh Pengerusi BMB Pemuda UMNO. Adakah gaya sebegini akan membuatkan lebih ramai yang menyokong perjuangan UMNO? Atau sebenarnya lebih meruntuhkan UMNO yang semakin goyang dalam pegangan kuasa yang tidak menentu?
Mana usaha Pemuda UMNO yang bercakap besar tentang Briged Kesatria Mudanya untuk mengekang kebangkitan rakyat pada 31 Disember 2013? Mana penjelasan daripada Penerangan UMNO tentang kenaikan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang?
No comments:
Post a Comment