Untuk
makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM (Laporan Malaysia
Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World
Bank (WB) pada 1 Disember 2013)
tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi
2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan
tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh
itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti
yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah
tidak berbangkit.
Pengewangan
Aset Kerajaan (Monetization of Assets)
Untuk
makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset
Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah
berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.
Inisiatif
pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008.
Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi
Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor
swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.
Aset
tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan
oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).
Sebelum
sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan
daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai
perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan
dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka
mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.
Pengewangan
aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan
bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di
Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk
dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga
dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian
Hutang Kerajaan
Pensekuritian
hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan
tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian
hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan
Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil
Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang
biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi
pembiayaan.
Kesimpulan
Dalam
RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal
daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan
seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini
penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian
sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan
pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi
fiskal Kerajaan.
Oleh
itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di
Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan
bersama.
Kenyataan
yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak
bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan
laporan tersebut bagi kepentingan politik.
Kenyataan
Rafizi
Laporan
Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana
termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2
bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara
(securitization of government mortgages).
"Saya
syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia
bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya
gagal," katanya.
Penipuan Rafii
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai aset yang dijual, tetapi akan mengemukakan cadangan supaya satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment