Kematian
Nelson Mandela bukan sahaja mencetuskan beberapa insiden antarabangsa
malah menimbulkan isu kontroversi di Malaysia juga. Biar pun Malaysia
terkenal sebagai penyokong kuat Mandela dan dasar anti-aparthied pada
masa Tun Dr. Mahahir, ia tidak menghalang seorang pemimpin politik
mendakwa Malaysia mengamalkan dasar aparthied dan tidak layak
bercakap soal Nelson Mandela.
Malaysia
merupakan antara negara terawal dilawati oleh Nelson Mandela apabila
beliau dibebaskan. Ini menunjukkan penghargaan Mandela atas sokongan
dan perjuangan negara ini dalam menghapuskan dasar Aparthied di
Afrika Selatan. Justeru tersangatlah aneh dan luar biasa apabila ada
pula pemimpin politik dalam negara sendiri menuduh Malaysia
mengamalkan aparthied.
Naib
Presiden Parti Keadilan Nasional (PKR) beberapa hari lalu mendakwa
UMNO merupakan parti perkauman (Lihat tweeter beliau Lawyer For
Liberty) yang tidak layak mengangkat Mandela. Lebih biadap, Ahli
Parlimen Padang Serai ini turut mendakwa kaum lain didiskriminasi
oleh orang Melayu.
org Melayu je ada feeling? orang lain perlu terima ketidakadilan, diskriminasi sebab nak jaga hati? Kalu gitu sampai skg Apartheid tak habis— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty)December 11, 2013
Kenyataan-kenyataan
N. Surendran memberi implikasi serius kepada negara dan boleh
mendatangkan imej yang buruk di peringkat antarabangsa jika ia tidak
diambil tindakan.
Bagaimanakah
sebuah kerajaan yang membenarkan penubuhan sekolah – sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil; memberi pendidikan sama rata kepada semua
kaum; memberi bantuan kepada semua kaum; dan membenarkan peguam
berketurunan India, beragama hindu dan kelihatan rasis seperti N.
Surendran memiliki lesen guaman dianggap melaksanakan aparthied?
Bagaimankah
sebuah kerajaan yang membenarkan hampir 3000 sekolah jenis kebangsaan
berasaskan bahasa Tamil dan Cina dibuka di negara dianggap sebagai
sebuah kerajaan aparthied? Malahan kerajaan Barisan Nasional yang
dipimpin oleh UMNO turut membuka sekolah aliran kebangsaan untuk
semua kaum. Tidak cukup itu, kerajaan inilah juga yang menubuhkan
sekolah Wawasan untuk menggabungkan sekolah-sekolah berasaskan kaum
dengan sekolah kebangsaan.
Jika
Malaysia kerajaan aparthied, bagaimanakah “orang-orang kulit hitam”
seperti N. Surendran, Gobalakrishnan dan S. Manikavasagam boleh
dipilih menjadi ahli Parlimen? Apakah ini boleh berlaku di bawah
dasar aparthied?
Di
negara ini semua kaum mempunyai ruang dan peluang untuk belajar,
bekerja, berniaga, dan mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang
halangan. Malahan semua kaum berkongsi sekolah, taman permainan,
tempat makan, tempat hiburan, tempat riadah, pengangkutan awam yang
sama. Justeru di manakah dasar aparthied yang dikatakan diamalkan
oleh UMNO dan kerajaan ini?
Inikah
kerajaan aparthied? Apakah N. Surendaran menulis twitternya dalam
keadaan mabuk todi sehingga tidak melihat asas membuat tuduhan?
Siapakah
yang bersikap rasis atau perkauman melampau sebenarnya? UMNO atau N.
Surendran seorang peguam kaum India yang dilihat mengutamakan segala
macam penjenayah kaum India untuk dijadikan isu politik?
Apakah
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk menyeimbangkan
pembahagian ekonomi negara ini dan mengangkat kaum bumiputera yang
ketinggalan akibat ditindas oleh penjajah dianggap satu dasar
aparthied?
Apakah
N. Surendran buta sejarah bahawa perjuangan Mandela juga adalah
perjuangan mengangkat penduduk asal kulit hitam di Afrika Selatan
agar dikembalikan hak pentadbiran dan kedudukan mereka?
Sekarang
jelas siapakah yang sebenarnya rasis dan bersikap perkauman melampau,
UMNO atau orang seperti N Surendran.
No comments:
Post a Comment