TINDAKAN blogger OutSyedTheBox memutar belitkan berita yang disiarkan Sinar.fm pada 9 Disemberlepas berhubung kenyataan kononnya Perdana Menteri tidak akan menghadiri majlis pengebumianbekas Presiden Afrika
Selatan, Nelson
Mandela pada Ahad ini kerana ingin mengurangkan kos, amatlah dikesali.
Dibawah
tajuk ”PM’s Advisor Insult Mandela, Keep Bungling Along”,
blogger berkenaan mengambil kesempatan membodohkan
semua orang dalam pejabat Perdana Menteri (secara
tidak langsung, Perdana Menteri sendiri) kerana berita yang
kononnya disiarkan oleh Sinar.fm itu.
Hakikatnya
bagi orang yang bercakap Melayu pun tidak begitu betul seperti
dia, mendengar berita dari Sinar.fm adalah perkara terakhir
yang mungkin dilakukan dalam hidupnya, sebab itulah
dia bergantung kepada telinga kawan-kawannya (yang entah
siapa) dan mengambil peluang untuk menghentam Perdana
Menteri dan para pegawai di pejabatnya tanpa usul periksa.
Yang
sebetulnya, blogger berkenaanlah yang silap
kerana berita dari Sinar.fm tersebut jelas
mengatakan PERDANA MENTERI ISRAEL yang tidak akan ke
Afrika Selatan menghadiri pengebumian Nelson Mandela
kerana ingin mengurangkan kos, BUKAN PERDANA
MENTERI MALAYSIA.
Walaupun blogger
berkenaan telah menarik balik berita tersebut dari blognya sejak
semalam, tapi sepanjang tempoh 2 hari artikel berkenaan tersiar,
telah cukup mengundang begitu banyak pandangan buruk
terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya
di pejabat Perdana Menteri.
(Anyway,
2 hari nak tarik balik artikel yang satu Malaysia
pun tahu tak betul?)
Ini dibuktikan dari majoriti
besar komen dalam artikel tersebut yang
jelas memperlekehkan Perdana Menteri dan pegawainya dalam isu
tersebut, sedangkan berita itu adalah tidak benar
sama sekali – yang
tak datang ke pengebumian Mandela kerana nak
mengurangkan kos ialah Perdana Menteri Israel,
bukan Perdana Menteri Malaysia.
Termasuk
satu komen yang mengaitkan ketidak hadiran Perdana
Menteri (kononnya kerana ingin menjimatkan kos)
adalah disebabkan Mandela seorang Kristian dan berbangsa
Afrika!!
Ini sangat
tidak benar sama sekali dan kalau
tidak salah penulis, berniat jahat kerana cuba
menggambarkan Perdana Menteri seorang rasis dan ekstrimis
agama (pandangan yang cuba disemai pembangkang).
Walaupun komen itu datang dari pembacanya,
tapi blogger berkenaan mengawal (moderate) komen-komen
yang boleh disiarkan atau tidak, secara tidak langsung
menunjukkan yang dia juga bertanggungjawab!!
Faktanya, negara
kita akan menghantar 2 orang Menteri mewakili
kerajaan Malaysia ke majlis tersebut iaitu Menteri
Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili
kerana Perdana Menteri menghadiri mesyuarat di Jepun
pada waktu ini dan dalam negara pun sedang
berlaku kejadian banjir di sana sini yang memerlukan
perhatian beliau.
Nanti tinggal
mangsa banjir disini kerana nak melawat Mandela,
cakap apa pulak? Orang tak puas hati ni macam-macam, buat
salah, tak buat salah.
Tambahan itu, bukan kali pertama blog berkenaan menyiarkan berita kurang tepat tentang PerdanaMenteri dan agensi-agensi dibawah seliaan Jabatan Perdana Menteri mahupun Kementerian Kewangan. Sebelum ini pun beberapa kali dibuktikan bahawa artikel yang ditulis di dalam blogberkenaan menyimpang dari kisah yang sebenar walaupun dibuat dalam bentuk untuk mendapatkanpenjelasan.
Antara
yang penulis boleh ingat ialah dakwaan kononnya Ekuinas
kerugian hampir RM 400 juta dalam satu transaksi
pelaburan di Singapura yang
telah pun dibuktikan tidak benar oleh Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Wahid Omar
di Parlimen pada 21 Oktober 2013.
Kesimpulannya, sikap
tidak bertanggungjawab blogger
berkenaan menyiarkan artikel palsu
seperti itu dan tidak pula mahu memeriksa
terlebih dahulu dengan pejabat Perdana
Menteri untuk pengesahan, menunjukkan dia adalah seorang
penulis yang cuai dan tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment