Sikap
gila kuasa DAP tidak terhad kepada parti itu sahaja malah di dalam
Pakatan Rakyat sendiri. Tindakan ‘potong jalan’ di
kawasan-kawasan yang dilihat sebagai ‘favorite’ di Johor sewaktu
PRU13 menampakkan kerakusan DAP dalam mengukuhkan kuasa mereka tanpa
mengira siapa pun yang ‘terkorban’.
Terbaru,
dua pemimpin DAP iaitu bekas ADUN Senai yang juga Timbalan Pengerusi
DAP Johor, Ong Kow Meng dan juga bekas ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang
meminta supaya Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau supaya tidak
bertanding semula jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang
dijadualkan pada Januari depan. Alasan yang diberikan adalah kerana
Dr. Boo telah memegang jawatan tersebut untuk 3 penggal.
Apa yang melucukan, jika hanya atas alasan tersebut, mungkin ada yang patut bersuara dan meminta supaya Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh meletak jawatan dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lebih muda kerana mereka juga telah terlalu lama berada dikedudukan mereka sekarang.
Menamakan
penyandang ADUN Kluang, Liew Chin Tong dan ADUN Kulai, Teo Nie Ching
sebagai ganti yang layak menerajui DAP Johor, Ong menggunakan
keputusan pemilihan CEC sebagai kayu pengukur kebolehan Liew. Apa
yang mungkin Ong lupa adalah proses tersebut masih lagi belum
diikhtiraf oleh RoS kerana dakwaan-dakwaan yang diterima oleh RoS,
seperti yang tertera dibawah, daripada ahli-ahli DAP sendiri yang
menyangkal ketelusan proses pemilihan tersebut.
- Tempoh notis pemberitahuan yang tidak mencukupi (seperti yang dinyatakan sendiri oleh Karpal Singh, notis pemberitahuan sepatutnya diedarkan 10 minggu sebelum pemilihan berlangsung)
- Terdapat 851 wakil tidak hadir atau tidak menerima jemputan menghadiri pemilihan walaupun mereka layak untuk mengundi
- Terdapat 985 bahagian terlibat dalam proses pemilihan sedangkan sepatutnya hanya 865 bahagian terlibat
- Senarai terkini wakil yang bertarikh 15 Disember 2012 gagal digunapakai
- Kegagalan mengeluarkan notis mesyuarat yang sepatutnya
- Proses pemilihan yang tidak telus
- Disyaki wujudnya unsur-unsur penipuan
- Keraguan terhadap keputusan pemilihan
- Manipulasi undian
Ramai
yang tahu bahawa Dr. Boo tidak berada didalam ‘favorite list’ Lim
Guan Eng dan konco-konconya di dalam DAP kerana banyak mengkritik
kepimpinan Guan Eng. Bermula dengan pendedahan kewujudan kumpulan
kongsi gelap didalam DAP pada 2009, Dr. Boo di lihat oleh
penyokong-penyokong tegar Lim Guan Eng sebagai individu yang cuba
untuk menyekat penguasaan anak beranak Lim di dalam DAP terutamanya
di Johor.
Usaha
menjatuhkan Dr. Boo dan pemimpin-pemimpin yang setia dengannya di
Johor diperhebatkan setelah langkah pertama berbuat demikian dengan
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menjatuhkan Dr. Boo pada 2011
gagal. Kali ini dengan membawa masuk Lim Kit Siang sebagai calon
PRU13 di Gelang Patah juga beberapa muka baru yang sememangnya pro
kepada anak beranak Lim seperti Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching.
Ia
dilihat sebagai satu proses pembersihan bagi memastikan pemimpin DAP
di setiap negeri adalah terdiri daripada orang-orang yang berpihak
kepada anak beranak Lim malah yang sama juga berlaku dalam duan
proses pemilihan semula CEC pada Disember 2012 dan juga September
2013 yang lalu.
Sama
ada ahli-ahli DAP sedar atau tidak mengenai tindakan Lim Guan Eng
mengukuhkan kuasanya di setiap negeri hanya boleh dijawab oleh mereka
sendiri. Adakah mereka akan terus mengambil sikap memejam sebelah
mata dengan perkara ini juga terpulang kepada mereka. Sehingga itu,
Lim Guan Eng akan terus besar kepala dan cuba mencantas sesiapa pun
yang tidak sebulu dengannya.
Seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment