Bagi
melaksanakan perang saraf secara terancang, PKR telah menubuhkan satu
unit khas di bawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Rafizi memang
dikenali sebagai ‘pakar strategi’ di dalam PKR kerana
kebolehannya memanipulasi maklumat tidak kira sama ada maklumat
tersebut palsu atau tidak.
Unit
ini sebenarnya dimulakan oleh bekas pelajar-pelajar Kolej Melayu
Kuala Kangsar (MCKK ‘Old Boys’ atau budak koleq) sewaktu PKR yang
pada waktu itu dikenali sebagai PKN ditubuhkan pada 1999. Ia turut
dianggotai oleh MCKK ‘Old Boys’. Secara kebetulan pula, Rafizi
juga merupakan salah seorang daripada MCKK ‘Old Boys’.
Sewaktu
tahun 1999, unit ini dipanggil sebagai unit ‘penyelidikan dan
pembangunan’ yang mengkhusus kepada penyelidikan isu-isu yang boleh
digunapakai bagi menggugat atau menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Umno dan juga Barisan Nasional.
Tugas
unit ini adalah untuk menembusi dinding-dinding rahsia serta menggali
sedalam mungkin bagi mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kerajaan
juga pemimpin-pemimpin kerajaan yang kemudiannya didedahkan kepada
umum.
Pada
masa kini, mungkin kerana terdesak, unit ini mula membuat pendedahan
demi pendedahan yang telah dimanipulasikan kebenarannya seperti
grafik di bawah.
Cerita
dongeng mengenai Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh, yang
didakwa mahu ‘berhijrah’ ke Malaysia dan kemudiannya bertanding
bagi merebut pemerintahan Malaysia pada 2018 kerana ramainya warga
Bangladesh di sini adalah contoh terbaik bagi membuktikan betapa
dangkalnya cara unit ini berfikir. Menukar satu tragedi kepada jenaka
politik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa
pun.
Permasalahan
yang timbul daripada strategi yang sebegini adalah momentumnya tidak
mampu bertahan lama malah kebenarannya akan cepat sekali dibongkar.
Pendedahan-pendedahan
palsu dan murahan seperti ini hanya akan menggeletek
penyokong-penyokong tegar pembangkang dan memberi hanya sedikit impak
kepada yang lain.
Mungkin
unit ini, juga Rafizi sendiri perlu meningkatkan tahap kecekapan
mendapatkan maklumat juga tahap minda mereka dan menjauhkan diri dari
terus menggunakan maklumat-maklumat palsu bagi memperbodoh-bodohkan
rakyat.
Memanipulasi
sesuatu fakta yang sememangnya tidak benar memang mudah kerana ia
hanya memerlukan sedikit pemikiran. Tokok tambah ala kedai kopi juga
boleh digunapakai bagi menyedapkan cerita.
Walau
bagaimanapun, dengan lambakan pendedahan palsu yang dikeluarkan hanya
akan menyebabkan kredibiliti unit ini dipersoalkan. Hari-hari depan
mungkin akan menyaksikan apa jua yang didedahkan oleh unit ini akan
dipandang sebagai sampah oleh rakyat dek kerana terlalu banyak
pembohongan dan penipuan.
Mustahil
fakta yang mudah seperti ini tidak dapat digapai oleh seorang pakar
strategi seperti Rafizi.
APA
YANG SEBENARNYA…
(YouTube
on CNN Interview: 3 May 2013)
http://amanpour.blogs.cnn.com/2013/05/02/prime-minister-says-bangladesh-is-reforming-its-garment-industry/
(2 May 2013)
(2 May 2013)
No comments:
Post a Comment