Friday, December 13, 2013

Siapa Yang Mandela Liwat? Tarak!!

anwarbukanmandela

HUJUNG-hujung ni penulis dengar ramai balaci seberang sana yang menyamakan pemimpin pujaan mereka Anwar Ibrahim, sama seperti mendiang Nelson Mandela yang meninggal Ahad lepas.

Kononnya, Mandela ni pejuang anti perkauman, sama dengan Anwar.

Entah bila Malaysia ini jadi negara perkauman pun penulis tak tahu.  Kalau perkauman, 8 dari 10 orang terkaya di Malaysia tak mungkin orang cina – kalau itulah maksudnya mengatakan Malaysia ini negara perkauman.

Semua ini mengarut.  Anwar tak langsung sama seperti Mandela.  Selain kes liwat, rasuah dan lain-lain yang kita tahu, perjuangan Anwar juga tidak langsung berkaitan dengan menghapuskan sistem Apharteid seperti Mandela, sebab isu itu tak wujud disini.

Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera dalam perlembagaan yang sering dikaitkan parti DAP sebagai asas perkauman itu, bukan masalah.  Anwar pun tak pernah kata nak hapuskan hak tersebut kalau dia jadi Perdana Menteri.  Ada ke?  Kalau ada, sila quote kenyataan mana satu.

Mengesahkan ia bukan masalah perkauman di Malaysia seperti DAP mahu rakyat percaya.

Sistem seperti Apharteid sudah tidak wujud lagi di mana-mana tempat dalam dunia, terima sajalah hakikat.  Disebalik hak keistimewaan Melayu dan bumiputera di negara kita, semua orang hidup dengan aman dan tidak dihalang menjadi kaya, asal saja rajin berusaha, bukan sebab kaum dan bangsa.

Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera bukan untuk menindas atau menghalang kaum lain menjadi kaya, tapi untuk menjamin hak mereka sebagai kaum pribumi sebagai ganti kewarganegaraan untuk kaum-kaum lain pra kemerdekaan dulu.

Anwar dan Mandela tak mungkin jadi sama.  Siapa pun yang bercakap demikian sebenarnya bodoh kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya

Orang macam N Surendren dan lain-lain yang mengatakan Anwar setaraf Mandela itu sebetulnya hanya berkokok seorang.  Dunia mengiktiraf peranan Nelson Mandela sebagai pejuang sejati rakyat Afrika Selatan, Anwar?  Belum pernah dengar, tak tahulah kalau Anwar Sadat, tapi Anwar Ibrahim belum ada.

Yang penulis tahu, Anwar sebagai pejuang hak asasi manusia, termasuk dalam soal persamaan gender, kebebasan agama dan mengiktiraf homoseksual memang ada diikitiraf oleh sebuah majalah yang ada kaitan dengan golongan tersebut.


Berhentilah jadi bodoh. 


No comments:

Post a Comment