Friday, December 13, 2013

Harga Astro Naik Pun Salah Kerajaan

samm

Kesukaan untuk menyalahkan kerajaan atas segala hal sudah menjadi sindrom kepada sebahagian orang terutamanya yang mempunyai kepentingan politik tertentu. Kerajaan mungkin boleh dikritik dan dipersalahkan atas kenaikan harga elektrok, gula, petrol dan Tol biarpun punya alasan munasabah.

Namun menyalahkan kerajaan atas kenaikan caj ASTRO sangat tidak masuk akal dan sangat aneh. Pertamanya ASTRO bukanlah barang keperluan hidup rakyat Malaysia. Ia hanyalah hiburan yang sewajarnya ditentukan oleh pasaran bebas.

Mungkin kerana sudah tiada isu mahu menghasut rakyat membenci kerajaan, maka Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat bantahan kepada kerajaan terhadap kenaikan caj Astro dan mendesak kerajaan menamatkan monopoli syarikat terbabit.
SAMM yang terkenal sebagai alat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melalak di khalayak umum.

Faktanya jelas ASTRO bukan pemilik tunggal lesen stesen televisyen berbayar dan satelit. Selain ASTRO terdapat banyak lagi pemegang lesen tersebut iaitu, U Television Sdn. Bhd., Asiaspace Digital Sdn. Bhd., Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Fine TV Network Sdn. Bhd., TM Net Sdn. Bhd., MOL Media Sdn. Bhd. dan De Multimedia Sdn. Bhd dan yang terbaru ialah ASIAN Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN).

hypptvbigSelain ASTRO, sebuah lagi syarikat yang memberi saingan ialah Hypp TV yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia menawarkan lebih 50 saluran dalam dan luar negara.

abnlogoSelain itu, sejak beberapa bulan lalu, ASIAN Broadcasting Network (M) Sdn Bhd telah beroperasi di bawah nama ABNxcess dan menawarkan lebih 50 saluran TV yang lebih stabil kualiti penyiarannya berbanding ASTRO.

Justeru sangat tidak masuk akal untuk SAMM menyalahkan kerajaan atas kenaikan caj ASTRO. Malah lebih tidak masuk akal apabila meminta kerajaan menghentikan monopoli ASTRO sedangkan ia bukan monopoli.

Kalau hendak hasut rakyat membenci kerajaan pun janganlah sampai membohongi rakyat terhadap fakta sebenar. Eloklah SAMM memohon masuk Maharaja Lawak Mega, mungkin lebih relevan peranan mereka kepada masyarakat. 


No comments:

Post a Comment