Ketua
Pemuda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Razlan Rafiii menyanggah
bekas Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang cuba bersikap populis dalam
usaha mendapatkan semula sokongan masyarakat Cina kepada MCA.
Dua
hari lepas, Wee Ka Siong dalam ucapannya pada Persidangan Pemuda MCA
menyatakan UMNO tidak seharusnya bersikap ekstrim yang menjurus
kepada rasisme.
Kenyataan Wee Ka Siong itu amat bertentangan
dengan apa yang berlaku, termasuklah kepada dirinya sendiri
memandangkan dia merupakan antara beberapa orang Ahli Parlimen MCA
yang menang pada PRU13 lalu. Wee Ka Siong bertanding di Ayer Hitam
dan majoriti pengundi di Ayer Hitam adalah MELAYU.
Pengundi
Melayu di Parlimen tersebut adalah 57.91% manakala pengundi Cina pula
adalah 37.96%, India 3.96% dan lain-lain, 0.17%.
Wee Ka Siong
menewaskan Hu Phang Chaw yang mewakili PAS dengan majoriti 7,310
undi.
Di sebalik keghairahan masyarakat Cina keluar
beramai-ramai pada awal pagi untuk mewujudkan kerajaan pertama
berorientasikan Cina yang diketuai oleh Lim Guan Eng dengan
memperalatkan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, Wee Ka Siong masih lagi
mampu menang dengan majoriti yang besar.
Tidakkah Wee Ka Siong
tahu bahawa pengundi-pengundinya pada tahun 2013 adalah
Melayu-Bumiputera yang sokongan mereka kepada Wee Ka Siong adalah
berteraskan UMNO yang mengetuai Barisan Nasional?
Rasis
lagikah UMNO sehingga membenarkan Wee Ka Siong menang dan kekal
sebagai Ahli Parlimen walaupun pada dasarnya terdapat banyak rungutan
berhubung khidmat yang diberikan oleh Wee Ka Siong di Ayer Hitam
melibatkan kelompok Melayu-Bumiputera.
Kalau benar UMNO rasis,
rasa-rasanya Wee Ka Siong bukanlah Ahli Parlimen sekarang ini. Bahkan
Wee Ka Siong tidak dibenarkan memiliki sebarang harta kekal di sini.
Hak mengundi juga tidak diberikan dan Wee Ka Siong serta
sekutu-sekutunya tidak dibenarkan duduk secara berselerak serta
bercampur dengan kaum Melayu dan Bumiputera. Lebih daripada itu, UMNO
sudah tentu akan menghalang Wee Ka Siong dan kaum sejenisnya daripada
menjadi kaya atau terlibat menjadi penguasa ekonomi.
Malangnya,
UMNO tidak pernah rasis, malah tidak pernah bersangka buruk meskipun
Melayu hampir ditebang tebas pada zaman darurat dahulu oleh penjajah
yang asalnya pendatang dari Tanah Besar Negeri China yang mendokong
fahaman Komunis. UMNO tidak pernah mengungkit walaupun kerja-kerja
memperjuangkan kemerdekaan negara ini, hanya melibatkan orang Melayu
dan suku Semenda yang sekarang ini dikenali sebagai Orang Asli atau
dalam bahasa yang lebih sedap didengar, Pribumi. Ketika orang Melayu
dan suku Semenda merayau menjelajah hutan memburu bandit dan golongan
subversif bermata sepet yang cuba menjajah negara ini, kaum Wee Ka
Siong pula bersenang lenang bersama kaum penjajah kulit putih di
bandar-bandar dan pekan-pekan menikmati pelbagai kemudahan yang tidak
dapat dinikmati oleh Melayu dan Semenda.
Malah, UMNO yang
sengaja memberikan ruang untuk MCA dan MIC untuk konon-kononnya
terlibat dalam kemerdekaan walaupun sebenarnya kemerdekaan telah
diperjuangkan oleh Melayu dari tahun 1511 lagi.
Agak aneh
memandangkan tiada Pemuda UMNO yang berani menyanggah Wee Ka Siong
yang barangkali buta sejarah dan terlalu mahu mengikut jejak Lim Guan
Eng. Atau boleh jadi juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu seorang
pemercaya teori bahawa Melayu adalah pendatang di tanah ini walaupun
akhirnya mereka merujuk yang Melayu itu datang dari Sumatera, salah
sebuah bekas wilayah beberapa kerajaan Melayu lama dari Semenanjung
seperti Kedah Tua, Langkasuka, Gangga Negara, Dinding, Melaka, bahkan
Johor-Riau.
Sepatutnya ada Pemuda UMNO yang segera menyedarkan
Wee Ka Siong bahawa MCA dan Wee Ka Siong sendiri tidak memberikan
sumbangan yang besar kepada 133 kerusi Parlimen yang dikuasai oleh
Barisan Nasional dengan bahagian besarnya adalah UMNO, PBB dan PBS.
Kesemua parti tersebut adalah berteraskan Melayu-Bumiputera.
Timbul
persoalan, mengapa agaknya Pemuda UMNO malu-malu atau takut-takut
dengan Wee Ka Siong? Adakah kerana bimbang Wee Ka Siong akan
berpindah ke kem DAP dan menentang UMNO walaupun hakikatnya, majoriti
pengundi sebangsa dengan Wee Ka Siong sudah menetapkan pilihan mereka
bahawa mereka tidak akan sama sekali mengundi Barisan Nasional pada
PRU14 dan PRU-PRU yang lain?
Patutnya inilah masanya Pemuda
UMNO tunjuk garang dan bukannya mengamalkan sikap memujuk dan 'cakap
belakang'. Dek kerana perangai itulah, Barisan Nasional hampir
menjadi pembangkang. Sepatutnya Pemuda UMNO yang lebih ke hadapan
tampil untuk menunjal muka Wee Ka Siong dan menyedarkannya bahawa
nasib malang Barisan Nasional adalah disebabkan pengundi-pengundi
Cina yang gagal dipikat oleh MCA.
Malangnya, Pemuda UMNO yang
ada hari ini hanyalah segerombolan nasi tambah yang hanya pandai
bercakap tetapi tidak pernah berani bertindak!
No comments:
Post a Comment