Kalau semalam Pemuda UMNO Ampang hantar memorandum kepada TNB membantah kenaikan tarif baru bermula 1 Januari 2014, hari ini pula Pemuda UMNO Pulau Pinang buat laporan polis berhubung gerakan menggulingkan kerajaan yang akan dibuat menerusi demonstrasi jalanan bermula pada tengah malam 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.
Tentu kita masih ingat, Pemuda UMNO ketika Pakatan Rakyat begitu yakin dapat menumbangkan Kerajaan dalam demonstrasi BERSIH 2 dan BERSIH 3, sekadar mampu membuat laporan demi laporan polis. Walaupun ada segelintir Pemuda UMNO yang diketuai sendiri oleh Khairy Jamaluddin ke Bukit Bintang, berbaju merah dengan perkataan PATRIOT pada bahagian dada, namun jumlah mereka yang terlalu kecil dan hanya bersifat langau, akhirnya menjadikan Pemuda UMNO bahan jenaka dan senda gurau.
Sebabnya ialah, demonstrasi diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur iaitu persimpangan Jalan Tun Perak di hadapan Maybank, Jalan Pudu dan kawasan-kawasan sekitar. Bagaimanapun kawasan yang menjadi tumpuan peniaga-peniaga Cina seperti di Petaling Street dan Bukit Bintang, demonstrasi tidak diadakan dan urusan berjalan lancar seperti biasa.
Pemuda UMNO berdemonstrasi di Bukit Bintang sambil diperhatikan oleh pelancong-pelancong Arab dan gelagat mereka tidak ubah seperti beruk yang laparkan cili. Dengan jumlah yang boleh dibilang dengan jari, akhirnya mereka dipaksa minum air FRU dan gas pemedih mata dan selepas itu, semuanya pulang ke rumah masing-masing walaupun demonstrasi terus berjalan seperti biasa di kawasan tumpuan.
Demam publisiti dan glamour nampaknya terus menerus berada dalam jiwa Pemuda UMNO di seluruh negara. Sekalipun ketika pemilihan, mereka cukup hebat berkempen dan memasang strategi tetapi apabila dalam isu-isu seperti ini, masing-masing bertindak sebagai pondan. Semuanya kecut telur dan terpaksa berselindung di sebalik laporan polis.
Kalau tidak salah, jumlah keanggotaan Pemuda UMNO jauh lebih besar berbanding jumlah keseluruhan ahli-ahli PKR terutama sekali golongan mudanya. Mengapa agaknya Pemuda UMNO hanya berkokok di luar gelanggang tetapi apabila berada di gelanggang sabung, mereka terus jadi kura-kura yang memasukkan kepalanya ke dalam cengkerang?
Pemuda UMNO kononnya mahu jadi pendesak dan jadi pemangkin. Malangnya mereka yang berjumlah ramai itu tidak berani mengepung atau melanggar pihak yang mahu berdemonstrasi. Sebaliknya hanya sekadar membuat laporan polis demi laporan polis untuk membuktikan yang mereka jantan.
Itu sahajalah yang mampu dilakukan oleh barisan kepimpinan Pemuda UMNO masakini. Walaupun pemimpinnya silih berganti, namun Pemuda UMNO kekal gah pada nama UMNOnya tetapi keberaniannya tidak ubah seperti Melayu yang terpaksa menyembah tok pekong dengan muncung senapang di tepi kepala.
MPA : Pernah masuk lokap kerana UMNO dan Ketua Pemuda UMNO pada 1987
No comments:
Post a Comment