Monday, January 6, 2014

Anwar Tidak Setuju Langkah JAIS Serbu PBM


Selepas berdiam diri, akhirnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim manyatakan pendirian yang sudah diduga iaitu tidak menyokong dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Jika JAIS rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.

Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan,” katanya dilaporkan The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial.

Selain itu, Anwar turut membuat tuduhan seolah-olah serbuan itu didalangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengalihkan pandangan rakyat isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.
Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral,” katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.

Kerajaan perlu menghadapi semua ini bukan dengan cara menyerang perkara lain,” katanya.

Namun Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan Iskam) Enakmen 1988.

Anwar berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment