bnbbc.my~ Sebagai seorang ‘khalifah’ atau pemimpin Sallehin
Mukhyi, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian Dan
Pembangunan Desa Selangor sepatutnya lebih berani bertanggungjawap
dan tidak bersikap ‘cuci tangan’ dengan memberi jawapan mudah
“tidak tahu” atau “tidak dimaklumkan” berhubung serbuan
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pusat Bible Malaysia (PBM)
pada Khamis.
Sekalipun
jika benar beliau tidak tahu atau tidak dimaklumkan, adalah kurang
bijak untuk Sallehin menjawap demikian kerana ianya amat memalukan.
Apa
guna Sallehin menjadi Exco Hal Ehwal Islam jika bersikap seolah
tidak mentaati titah Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri
apabila gagal membela penguatkuasa JAIS yang menjunjung perintah
baginda.
Dengan
memberikan jawapan seperti itu, dengan pantas orang dapat menghidu
pegawai dan penguatkuasa JAIS kemungkinan besar tidak akan
dipertahankan atau dibela oleh ‘ketua’ mereka dan boleh juga
dibuat kesimpulan seolah ada keretakan, tiada persefahaman atau
rapuhnnya perpaduan pihak berkuasa agama Islam dalam menegakkan
undang-undang Syariah di Selangnor.
Ia
juga boleh ditafsirkan Exco Hal Ehwal Islam Selangor tidak
benar-benar memahami undang-undang Islam negeri, bidang kuasa semua
pihak atau agensi yang berkaitan termasuk bidang kuasa beliau sendiri
sedangkan selepas Sultan selaku Ketua negeri serta agama Islam, Exco
Hal Ehwal Islam, mufti, Pengarah JAIS, Pengerusi Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) adalah tergolong sebagai pemimpin.
Malah
Sallehin patut malu apabila bekas presiden Majlis Peguam, Datuk
Ambiga Sreenevasan ketika mengulas isu serbuan serta rampasan Bible
oleh JAIS itu menyifatkan reaksi yang diberikan oleh pihak kerajaan
negeri Selangor melalui Sallehin adalah menyedihkan.
Ambiga
dilaporkan oleh akhbar Malay Mail berpendapat seolah-olah tidak wujud
jawapan daripada kerajaan negeri atau boleh dikategorikan jawapan
paling lemah.
“Bersembunyi
di sebalik bidang kuasa sebagai alasan adalah menyedihkan,” kata
Ambiga merujuk kepada kenyataan Sallehin bahawa JAIS bukan hanya
melapor kepada beliau tetapi juga Sultan.
Timbalan
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali
berkata, serbuan ke atas pejabat PBM di Damansara oleh JAIS
semalam adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, sekaligus tidak
perlu pihak berkuasa agama Islam itu mendapatkan kebenaran Exco.
Menurut
Aidit, tidak wajar untuk Sallehin selaku Exco Hal Ehwal Islam
mempertikaikan serbuan itu, sebaliknya beliau perlu mempertahankan
tindakan ‘anak-anak buahnya’ serta turut menjunjung titah Sultan.
“JAIS
bertindak sebagai respon kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor, dan ianya selari dengan enakmen dan fatwa yang telah
digazet di negeri ini.
“Jadi
exco Agama tak perlu risau, sebab JAIS itu memang kuasa dia, dan
mereka melakukan serbuan atas Hal Ehwal Agama yang Ketuanya adalah
Sultan sendiri, bukan Menteri Besar mahupun kerajaan negeri,”
jelasnya kepada bnbbc.my.
Isu
yang sebenarnya dipertikaikan oleh Sallehin bila diminta mengulas
tindakan JAIS ialah pihak yang melanggar titah perintah Sultan, fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang Islam Selangor
hingga memaksa JAIS bertindak menggunakan kuasa yang ada padanya.
Sallehin
juga sepatutnya tahu bahawa tindakan juga sejajar dengan keputuan
Mahkamah Rayuan Oktober tahun lalu melarang majalah Herald-The
Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannnya.
Keputusan
itu diicapai sebulat suara tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta hakim Datuk Abdul
Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Walaupun
pihak gereja katolik mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan,
namun sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan
mula didengar 24 Februari ini diperolehi, maka keputusan Mahkamah
Rayuan adalah terpakai.
Bagaimanapun
Aidit dalam masa yang sama tidak menyalahkan Sallehin sepenuhnya.
“Beliau
masih baru dalam sistem ini dan mungkin beliau masih belum tahu, tapi
itulah hierarki yang perlu kita semua akur,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment