Hari
ini sudah hari ketiga tahun 2014. Di sebalik kekecohan pada malam
tahun baru di Dataran Merdeka serta beberapa tempat lain, kemiskinan
dan kesusahan yang diperkatakan oleh Pakatan Rakyat, nampaknya masih
tidak menjadi realiti. Di sekolah-sekolah yang memulakan hari pertama
persekolahan semalam, ibu bapa datang dengan pelbagai cerita tentang
kenaikan harga tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang
kelihatan susah sepertimana yang digambarkan. Bahkan lebih ramai yang
datang dengan kenderaan sendiri sehingga menyesakkan kawasan di luar
sekolah dengan barisan panjang kenderaan, di sebalik rungutan
kenaikan harga minyak telah menaikkan segala macam kos.
Pengerusi
TURUN, Mohamad Azan Safar dengan girangnya menyatakan demonstrasi
yang diadakan pada tengah malam di Dataran Merdeka telah berjaya.
Dari segi apa kejayaan itu diukur, hanya dia sahaja yang tahu.
Yang
pasti, demonstrasi itu merupakan kejayaan kepada golongan yang
menguasai ekonomi membodoh-bodohkan anak-anak muda Melayu dengan
menggunakan sentimen dan semangat mereka yang meluap-luap.
Keserakahan dan ketamakan golongan penguasa ekonomi itu, telah
dipindahkan kepada kerajaan dan kerajan dipersalahkan oleh anak-anak
muda Melayu yang berdemonstrasi itu.
Tiada
seorang pun daripada belasan ribu anak muda di seluruh negara yang
berdemonstrasi mengecam tindakan pemborong dan orang tengah serta
pembekal menaikkan harga barangan. Sebaliknya kesemua mereka sepakat
menyalahkan kerajaan dengan alasan, kerajaan telah menaikkan harga
sehinggakan alasan-alasan aneh termasuklah peribadi isteri Perdana
Menteri pun turut dikaitkan sama.
Adakah
itu dianggap sebagai satu kejayaan oleh Mohamad Azan Safar? Adakah
kejayaan itu diukur daripada segi pembodohan keterlaluan yang sedang
menjadi trend di kalangan anak-anak muda Melayu? Atau sebenarnya
kejayaan tersebut diumumkan kerana demonstrasi yang dirancang berlaku
juga serta mendapat sokongan daripada anak-anak muda penyokong
Pakatan Rakyat?
Memang
benar, demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 tidaklah
sekecoh seperti yang berlaku di Mesir, Thailand dan negara-negara
lain. Bukan itu sahaja, tidak ada kematian dan kecederaan parah
berlaku dalam demonstrasi tersebut walaupun ada yang bincut kepala
serta terkehel kaki. Pada masa yang sama, janji Pakatan Rakyat bahawa
demonstrasi itu tidak akan disusuli dengan letupan atau pembunuhan,
juga telah ditepati.
Usaha-usaha
subversif untuk menguasai sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh
pihak pembangkang di negara ini sentiasa wujud. Disebabkan itulah
pasukan polis khususnya terpaksa bekerja keras berminggu-minggu
sebelum demonstrasi itu diadakan untuk mengenalpasti individu, motif,
lokasi dan sebagainya.
Mudah
bagi mereka yang berkepentingan untuk terus membuat penafian dan
memberi jaminan bahawa segala-galanya selamat. Kemudian apabila wujud
unsur-unsur subversif, segera menyalahkan pihak polis dan menuduh
pihak polis yang melakonkan drama berkenaan.
Kalau
itulah yang dianggap sebagai satu kejayaan, sememangnya benarlah
seperti yang dibangga-banggakan oleh Mohamad Azan Safar. Kejayaan
membodohkan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang lebih
menggunakan sentimen berbanding akal yang waras dan kesedaran yang
tinggi selain mengenepikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari
sekurang-kurangnya 11 tahun. Kejayaan menjadikan para penyokong
sebagai boneka yang tidak boleh berfikir tetapi bergerak dan
bertindak berdasarkan suruhan dan tohmahan sememangnya tidak dapat
dibandingkan dengan suatu apa pun.
Siapa
sebenarnya yang mendapat untung daripada demonstrasi yang amat
dibanggakan oleh PKR dan PAS itu?
Sudah
tentulah DAP dan segala taukeh-taukeh berperut gendut yang mengaut
segala keuntungan daripada dasar pentadbiran kerajaan sekarang,
tetapi membiayai aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menggulingkan
sistem sedia ada bagi membolehkan mereka menjadi penguasa sepenuhnya
sekaligus menghapuskan saki-baki keistimewaan Melayu-Bumiputera dan
Islam di negara ini.
Ibarat
Negara China pada zaman Dinasti Ming yang dikelilingi oleh Tembok
Besar. Musuh memang tidak dapat menembusi kekebalan tembok tersebut.
Tetapi akhirnya Dinasti Ming kalah di tangan tentera-tentera Han
kerana kolaborator di dalam kubu dan lingkungan tembok besar itu
sendiri.
Begitulah
Melayu dan umat Islam di negara ini.
Itukah
yang dinamakan kejayaan?
Barangkali
memang benar ianya kejayaan tetapi bukan untuk Melayu-Bumiputera dan
bukan juga untuk umat Islam!
No comments:
Post a Comment