Sebelum
ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang
mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan
memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad
“berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya
PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…
Pada
awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja
Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…
Semalam,
sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak
merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible
Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil
keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.
Tiba-tiba,
Mujahid hadir memberi kenyataan membela persatuan yang disyaki
mengimport masuk Bible dari Indonesia yang menggunakan kalimah
“Allah” di dalamnya. Mujahid betul-betul tak puas hati. Dia
pertikai dan persoal tindakan JAIS terhadap persatuan Kristian itu.
“Sebijik” macam Khalid Samad..!
Kata
Mujahid, JAIS bertindak kasar dalam “serbuan” itu dan dia mahu
Putrajaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana badan agama
Islam seperti JAIS dari melakukan serbuan atau menguatkuasakan
undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri.
Kononnya tindakan itu mampu mengeruhkan hubungan antara agama…
Meloyakan,
wakil rakyat Parit Buntar itu mengungkit kisah lama serbuan di gereja
sebelum ini dan menganggap JAIS tidak punya sebarang bukti dalam kes
yang menyaksikan Hasan Ali dipecat dari PAS!
Saya
tertanya-tanya, apa halnya orang Parit Buntar datang sebok-sebok ke
negeri orang? Sudah tiada kerja lagikah di Parit Buntar? Semuanya
sempurna di sana?
Mujahid
tahu tak bahawa hal ehwal agama Isla dalam sesebuah negeri itu
semuanya tertakluk di bawah bidang kuasa DYMM Sultan? Masih ingat
dulu kes JAIS vs Gereja Methodist Damansara Utama? DYMM Sultan
Selangor sendiri yang mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.
Suka
diingatkan pada wakil rakyat dari Perak itu, DYMM Sultan Selangor
menegaskan titahnya bahawa terdapat sedikit bukti yang menyokong
dakwaan JAIS berkenaan gereja tersebut yang cuba memurtadkan umat
Islam di Selangor. Namun titah baginda Tuanku, bukti tersebut tidak
cukup untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah.
Lebih
penting lagi, Mujahid sebagai orang luar perlu tahu bahawa Pengarah
JAIS telah menghantar surat kepada seluruh gereja di Selangor
memperingatkan supaya mematuhi Enakmen 1988 mengenai Agama Bukan
Islam di Selangor yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan
kalimah “Allah”.
Untuk
pengetahuan Mujahid, Enakmen 1988 itu menyentuh tentang “Kawalan
Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988,
melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab
dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”,
“Injil” dan “Insya’Allah”. Faham?
Jadi,
salahkah JAIS masuk memeriksa premis Persatuan Bible Malaysia
semalam? Cara kasar? Ada pegawai JAIS tumbuk pegawai persatuan
kesayangan Mujahid itu, kah? Pegawai JAIS ada bawa pisau rambo atau
parang panjang? Pegawai JAIS ada hina, caci cerca pegawai persatuan
Kristian itu?
Untuk
pengetahuan Mujahid, difahamkan bahawa kira-kira 20 penguatkuasa JAIS
itu perlu menunggu beberapa lama setelah permintaan mereka untuk
diizinkan masuk melakukan rutin pemeriksaan ditolak mentah-mentah
oleh salah seorang pegawai yang ditahan itu.
Penguatkuasa-penguatkuasa
JAIS itu hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis persatuan itu
setelah seorang lagi pegawai persatuan (dipercayai lebih tinggi
jawatannya dari pegawai yang tidak benarkan JAIS masuk) datang ke
premis tersebut. Setelah diperiksa, barulah 321 naskhah Bible itu
dirampas.
Saya
nak tanya, kalaulah Bible itu menepati syarat yang ditetapkan
Kerajaan Negeri, apakah JAIS akan merampas naskhah-naskhah itu?
Agak-agaklah sikit kalau nak pertikai tindakan orang. Biarlah logik,
adil dan ikhlas!
Paling
meloyakan anak tekak, Mujahid mendakwa tindakan JAIS itu bermotifkan
politik. Politik apanya? Siapa Exco Agama di Selangor sekarang? Guan
Eng atau Kit Siang? Khalid Samad atau Rani? Khalid Ibrahim atau
Azmin? Yang pastinya, Exco Agama di Selangor sekarang bukan dari BN,
kan?
Jadi
apa maksud Mujahid bahawa rampasan itu bermotif politik? Pakatan
Haram di Selangor sedang bergaduh sakan, kah? Ada sesiapa yang nak
gulingkan Exco Agama di Selangor lagi? Ada sesiapa yang nak gulingkan
Exco Agama di Selangor, Sallehan Mukhyi?
Setahu
saya, Putrajaya tidak punya hak untuk menahan penguatkuasa Kerajaan
Negeri dari mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang
melanggar undang-undang hal ehwal Islam di dalam sesebuah negeri
tersebut. Semuanya dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal ehwal
Islam diketuai sepenuhnya oleh DYMM Sultan.
Jadi,
apa hal pula Mujahid nak kaitkan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini?
Kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh campur tangan dalam hal ehwal
agama Islam dan pentadibiran di Selangor, rasanya berdemo sakan
berguling-guling lagi puak-puak Pakatan Haram!
Saya
menyarankan agar Mujahid balik saja ke Parit Buntar dan laksanakan
amanah yang dia peroleh dari rakyat di parlimen itu. Tak payahlah nak
jaga tepi kain orang kalau kain sendiri pun koyak rabak sampai
menampakan celana “kecil” di dalam. Biarlah Exco Selangor
selesaikan perkara itu. Kalau dia gagal, dia boleh rujuk pada DYMM
Sultan Selangor.
Mujahid
tak payah menyebok nak jadi “hero Kristian” di Selangor. Biar
Khalid Samad seorang sudahlah…
No comments:
Post a Comment