BEZA
ANTARA ISTERI dan Perempuan Simpanan / KISAH NYATA KISAH BENAR / Isteri dan
Perempuan Simpanan. Hayati kisah ini dan ambil pengajaran daripadanya…Nur
Asmawani, Abe saying kamu… InsyaAllah, Abe akan setia hingga ke akhir hayat…
En
Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya
gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu
pernah mengandungkan zuriat kamu ke?
Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan
bentuk badannya dari kamu…
Isteri kamu pulak sanggup
korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari
bentuk badannya.
En
suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah
lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang.
Ustaz
: Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang
kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu,
hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila
bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu,
masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu
menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya
padamu.
En
suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan
simpanan saya..
Ustaz
: Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka
bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu
tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih
memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah
cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu
sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu.
En
suami : .... tapi kan ustaz....
Ustaz
: Camni lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata
awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk
lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau
bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak,
sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia
mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai
awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak
hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak
layak mendapat seorang isteri seperti dia.
Subhanallah!
No comments:
Post a Comment