Sunday, January 19, 2014

Kalimah Allah : Perancangan Jesuit & Anwar – Yuktes Vijay

AIDCNews– Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berpendapat isu kalimah Allah yang menjadi kontroversi di negara ini adalah manipulasi kumpulan Jesuit dengan kerjasama Ketua Umum PKR.

Lambang jesuit

Jesuit adalah singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus) dibentuk di bawah arahan Gereja Roman Katolik di Vartican.

Pada tahun 1540, Pope Paul III telah meluluskan penubuhan Jesuit yang juga dikenali sebagai‘pasukan utama tentera-tentera Jesus.’

The Herald yang telah wujudkan isu kalimah Allah adalah daripada golongan Jesuit…imbas kembali dan anda akan terkejut betapa konsistennya Anwar Ibrahim dalam isu kalimah Allah di mana dia mempertahankan hak yang bukan Islam untuk menggunakan nama ‘Allah’….Pernah tengok Anwar begitu tegas dalam pendiriannya dalam apa-apa isu ? fikir…,” kata Yuktes dalam laman sosial, yuktesvijay.officialpage, hari ini.


Menurut Yuktes hubungan Anwar dengan Jesuit sudah bermula sejak tahun 1980-an, apabila badan Jesuit dari Jerman, KAS (Konrad Adenauer Stiftung) menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Anwar Ibrahim diberi anugerah yang amat berprestij daripada dua universiti iaitu Georgetown University, US dan Ateneo D Manila University di Manila…Kedua-duanya dimiliki puak Jesuit..

Sayang betul kan Jesuit pada Anwar? Mungkin pasal dia comel dan pandai jenaka…dan juga sebab dia petah berkata sampai boleh troll satu negara,”katanya lagi.

No comments:

Post a Comment