AIDCNews
– 17/1/14 – Sungguhpun penduduk beragama Kristian merupakan 9.1
peratus berbanding dengan penduduk Islam, 60.4 peratus yang menjadi
warganegara Malaysia, namun komuniti Kristian menuntut ruang yang
sama rata untuk berdakwah di negara ini.
Paderi
Dr Hermen Shastri, setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia (
CCM ) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia
dilaporkan themalaymailonline.com mendakwa
adalah tidak adil jika bukan Islam dilarang untuk menyampaikan dakwah
mereka kepada masyarakat Islam, sedangkan dalam masa sama perkara
sebaliknya berlaku.
Menurutnya
kedua-dua pihak, Islam dan Kristian perlu berhenti menyebarkan
kepercayaan mereka kepada pihak lain untuk mengelakkan ketegangan
perebutan kalimah “Allah.”
“Jadi
adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam
mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’,
dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan
Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari.
Artikel
11 (4 ) Perlembagaan Persekutuan melarang masyarakat bukan Islam
daripada menyebarkan agama mereka kepada umat Islam telah digunakan
sebagai asas untuk pelbagai undang-undang negeri di seluruh Malaysia
– kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah
Persekutuan – untuk mengharamkan bukan Muslim menggunakan perkataan
dan frasa Bahasa Arab tertentu, termasuk perkataan “Allah” .
Pada
forum yang sama, Dr Ahmad Farouk Musa , Pengerusi Islam Renaissance
Front (IRF) bersetuju dengan pendapat Paderi Dr Hermen dengan
mendakwa halangan itu merupakan satu bentuk penindasan.
“Jika
saya tinggal di Australia, dan (kerajaan) Australia mengatakan bahawa
saya tidak boleh berkongsi kepercayaan saya dengan rakan-rakan saya,
saya akan berasa seperti ditindas.
“Mengapa
(masyarakat Islam Malaysia) tidak boleh merasakan perkara yang sama.
Rasa apa yang saudara Kristian kita rasa apabila mereka dihalang
daripada berkongsi apa yang mereka percaya. Hanya kerana kita
majoriti di negara ini, kita boleh lakukan apa yang kita suka ? Itu
salah, ” katanya.
Ahmad
Farouk memberitahu kepada The Malay Mail Online selepas forum itu,
demi timbal balik, orang bukan Islam harus dibenarkan untuk berkongsi
kepercayaan agama mereka terhadap masyarakat Islam.
“Sepertimana
umat Islam boleh mengambil mualaf baru daripada pihak lain , maka
orang lain juga boleh berkongsi iman mereka dengan umat Islam,.
“Kita
perlu menyemak semula undang-undang. Ia berdasarkan Fasal 4 daripada
Perkara 11. Oleh itu, kita perlu menyemak semula Fasal 4 … pada
abad ke-21 , pihak lain juga harus mempunyai hak yang sama ,
“katanya. dengan merujuk kepada
Ahmad
Farouk turut berkata bahawa Perkara 11 (4 ) yang termaktub
dalamPerlembagaan Persekutuan kini sudah “tidak begitu relevan
lagi” pada zaman sekarang dan perlu diadakan satu perbincangan
untuk menilai pemansuhan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment