Friday, January 3, 2014

Mujahid Yussof Rawa, Nama Yang Indah Tapi Akal Di Kepala Lutut

mujahid

Nama Mujahid diberi oleh bekas Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS), Allahyarham Yussof Rawa, kepada anak lelakinya dengan harapan anaknya itu akan menjadi pejuang Islam yang sejati. Malangnya, cita-cita dan hasrat bekas Presiden Pas paling sederhana ini tidak tercapai. Alahamdulillah beliau tidak berada di muka bumi ini lagi untyk melihat kerosakan yang sedang dilakukan oleh anaknya.

Penulis tidak berniat untuk membicarakan lagi isu wajar atau tidak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible yang menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah. Sudah banyak ditulis dan dibicarakan, lalu kita pun tahu, majoriti dalam Pas kata boleh, UMNO kata tidak boleh, PKR kata aku peduli apa, Melayu elit kata ini hak asasi manusia.

Memang sudah ditakdirkan mungkin umat Islam di negara ini menuju perpecahan, kehancuran dan kemusnahan sebagaimana umat-umat Islam terdahulu selepas beberapa lama menikmati kegemilangan.

Apa yang hendak penulis katakan hari ini ialah tindakan Mujahid,yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyeru “Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim, sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini;” sangat bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, Pembahagian Kuasa Antara Negeri dan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia, Jadual 9, Senarai II—Senarai Negeri jelas menyatakan:
1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.
Ini masalah kita apabila rakyat memilih wakil mereka dari kalangan yang tidak mempunyai ilmu pengetahun, malas membaca dan pagi petang, siang malam asyik berceramah sahaja.

Jika Mujahid tidak berpuas hati dengan tindakan Jais, beliau harus meminta kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan kerana bidang kuasa agama Islam adalah di bawah pentadbiran negeri.

Tindakan Mujahid menghalakan serangan ke Putrajaya atas tindakan Jais bukan sahaja nampak bodoh, malah jelas menunjukkan Mujahid ingin menyelamatkan hubungan Pas, DAP dan PKR dengan gereja-gereja Kristian Khatolik di Semenanjung.

Menteri Besar yang berkuasa ke atas Jais bernama Khalid bin Ibrahim, seorang Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Exco Hal-Ehwal Islam Selangor pula ialah Ustaz Sallehen Mukhyi dari Pas.

Justeru gila apakah Mujahid menggesa Putrajaya mengambil mengawal tindakan Jais? Inilah yang diagung-agungkan sebagai pejuang Islam? Inikah yang dianggap oleh sebahagian elit Melayu sebagai “intelektual Islam”?
Sebenarnya, nasib Mujahid baik kerana allahyarham bapanya menamakan beliau dengan nama yang indah baik maknanya. Kalaulah nama beliau Khimar atau Albab, nescaya tiada apa lagi yang berguna kehidupan beliau sebagai manusia.

Hakikatnya, Mujahid membuktikan beliau hanya pada nama, tapi akal di kepala lutut. 

No comments:

Post a Comment