Saman
RM2 juta yang dibuat oleh Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin ke atas
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang merupakan antara intipati perbualan di
kalangan para penyokong PAS Bandar Baru Bangi, serta di tempat-tempat
juga benda yang sama menjadi isu yang seronok diperbualkan.
Menerusi
perbualan dengan sahabat-sahabat dari PAS itu, penulis dapat
merumuskan satu sahaja perkara iaitu, PAS sebenarnya tidak gusar
dengan RM2 juta yang perlu dibayar kepada Shamsul Mohd Amin yang
perasan, pengedar pil kuda yang dikatakan oleh Hadi Awang adalah
dirinya. Bahkan kalau saman RM200 juta pun, PAS tidak kisah pun.
Yang
dikisahkan sekarang adalah MARUAH PARTI. Presiden PAS adalah maruah
PAS. Apatah lagi dengan gelaran Tok Guru yang diberikan kepada Abdul
Hadi Awang, memerlukan perhatian yang bukan kecil. Memang benar
seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, RM2 juta bukannya banyak
mana. PAS bukannya secikai yang difikirkan. PAS bukannya marhein dan
PAS juga bukanlah papa.
Kalau
Mahfuz Omar tak cakap pun, semua orang tahu, PAS memang kaya. Hampir
setiap malam, tabung dan pot tin milo PAS bergerak menjana pendapatan
buat parti tersebut hasil daripada meminta sedekah daripada
ahli-ahlinya. Lagipun dengan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah
sebelum ini, tentu sekali RM2 juta tidak ubah seperti meminta 20 sen
daripada seorang yang sedang memegang uncang wang emas.
Apatah
lagi sekarang ini, sudah ada beberapa orang tokoh korporat dan VVIP
dari UMNO yang sanggup membuat pembayaran bagi pihak Abdul Hadi
Awang. Justeru, RM2 juta bukannya masalah besar pun.
Mungkin
kalau yang menyaman Hadi Awang adalah Presiden parti atau
pemimpin-pemimpin besar parti, tidaklah menjadi soal. Apatah lagi isu
yang jadi pertikaian pula adalah isu PENGEDAR PIL KUDA. Isu tersebut
adalah isu jenayah yang seharusnya menjadi kes polis. Namun
ketidaksanggupan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri untuk
membuat laporan polis sekalipun Hadi Awang menyatakan dia mempunyai
bukti yang menunjukkan individu tersebut adalah pengedar pil kuda,
sememangnya menunjukkan kecetekan pandangan politik mereka.
PAS
dan PKR walaupun berada dalam satu kem iaitu Pakatan Rakyat, ibarat
warna hitam dengan putih. Terlalu besar perbezaan antara PAS dengan
PKR. Apatah lagi PKR sendiri merupakan sebahagian daripada barah,
bisul, tokak dan kudis dalam UMNO yang memisahkan diri kerana sedar,
mereka tidak akan pergi ke mana-mana melainkan mereka menentang UMNO
sendiri. Sedangkan PAS yang bermodalkan Islam sebagai penjana kempen
politik mereka pula, adakalanya lebih keras tindak-tanduk mereka
berbanding Wahabi dan Kaum Muda, manakan boleh berlembu dan
bertoleransi dalam banyak hal.
Dek
kerana itulah, apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada
LGBT dan pemurtadan umat Islam, apabila PAS secara sembunyi-sembunyi
memberikan sokongan kepada PKR dalam isu-isu tersebut, PAS menjadi
sasaran kemarahan sehingga akhirnya PAS kehilangan Kedah yang mereka
kuasai secara selesa pada tahun 2008. Beitu juga dengan beberapa
kerusi DUN dan Parlimen PAS berpindah kepada UMNO.
Semuanya
kerana sokongan PAS kepada PKR yang tidak disenangi oleh ahli-ahli
PAS sendiri.
PAS
mungkin boleh bayar saman tersebut tanpa perlu bersusah payah. Namun
imej Hadi Awang sebagai Presiden parti, telah tercalar teruk.
Lebih-lebih lagi menjelang PRK DUN Kajang di mana kebanyakan
Melayu-Islam di DUN Kajang, merupakan penyokong tegar PAS dan undi
mereka amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang
sama, peratusan Cina sebagai pengundi di DUN Kajang juga melebihi
40%.
Para
sahabat dari PAS yang penulis temui semalam, lebih memberatkan isu
maruah. PKR kata mereka perlu diajar. Rayuan untuk mengurangkan
jumlah saman tersebut, tidak sepatutnya dilakukan. Bahkan bayaran
perlu dibuat sesegera mungkin. Namun pada masa yang sama juga, PAS
perlu mengajar PKR agar tidak memperlekehkan dan memperbudak-budakkan
PAS. PRK DUN Kajang kata mereka lagi, seharusnya dijadikan sebagai
pemangkin kepada gerakan tersebut. Biar selepas ini, bekas-bekas ahli
UMNO yang mempunyai pelbagai masalah peribadi itu sedar diri bahawa
yang benar-benar memerlukan sokongan adalah PKR, bukannya PAS.
Cuma
satu sahajalah yang penulis dapat katakan, semangat yang
berkobar-kobar dan cakap yang berdegar-degar itu, sekadar sesama
sendiri sahaja. Apabila di hadapan orang PKR, bukan kata lembik,
bahkan tak disuruh pun orang PAS akan menjilat telapak kaki orang PKR
dengan rela hati walaupun terpaksa menanggalkan serban dan jubah yang
dipakai!
No comments:
Post a Comment