Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 26, 2014

SAMAN RM2 JUTA: Bab Duit, PAS Tak Cikai… Bab Maruah Jer, Bukan Cikai Lagi Bahkan BONCAI!


Saman RM2 juta yang dibuat oleh Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang merupakan antara intipati perbualan di kalangan para penyokong PAS Bandar Baru Bangi, serta di tempat-tempat juga benda yang sama menjadi isu yang seronok diperbualkan.

Menerusi perbualan dengan sahabat-sahabat dari PAS itu, penulis dapat merumuskan satu sahaja perkara iaitu, PAS sebenarnya tidak gusar dengan RM2 juta yang perlu dibayar kepada Shamsul Mohd Amin yang perasan, pengedar pil kuda yang dikatakan oleh Hadi Awang adalah dirinya. Bahkan kalau saman RM200 juta pun, PAS tidak kisah pun.

Yang dikisahkan sekarang adalah MARUAH PARTI. Presiden PAS adalah maruah PAS. Apatah lagi dengan gelaran Tok Guru yang diberikan kepada Abdul Hadi Awang, memerlukan perhatian yang bukan kecil. Memang benar seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, RM2 juta bukannya banyak mana. PAS bukannya secikai yang difikirkan. PAS bukannya marhein dan PAS juga bukanlah papa.

Kalau Mahfuz Omar tak cakap pun, semua orang tahu, PAS memang kaya. Hampir setiap malam, tabung dan pot tin milo PAS bergerak menjana pendapatan buat parti tersebut hasil daripada meminta sedekah daripada ahli-ahlinya. Lagipun dengan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah sebelum ini, tentu sekali RM2 juta tidak ubah seperti meminta 20 sen daripada seorang yang sedang memegang uncang wang emas.

Apatah lagi sekarang ini, sudah ada beberapa orang tokoh korporat dan VVIP dari UMNO yang sanggup membuat pembayaran bagi pihak Abdul Hadi Awang. Justeru, RM2 juta bukannya masalah besar pun.

Mungkin kalau yang menyaman Hadi Awang adalah Presiden parti atau pemimpin-pemimpin besar parti, tidaklah menjadi soal. Apatah lagi isu yang jadi pertikaian pula adalah isu PENGEDAR PIL KUDA. Isu tersebut adalah isu jenayah yang seharusnya menjadi kes polis. Namun ketidaksanggupan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri untuk membuat laporan polis sekalipun Hadi Awang menyatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan individu tersebut adalah pengedar pil kuda, sememangnya menunjukkan kecetekan pandangan politik mereka.

PAS dan PKR walaupun berada dalam satu kem iaitu Pakatan Rakyat, ibarat warna hitam dengan putih. Terlalu besar perbezaan antara PAS dengan PKR. Apatah lagi PKR sendiri merupakan sebahagian daripada barah, bisul, tokak dan kudis dalam UMNO yang memisahkan diri kerana sedar, mereka tidak akan pergi ke mana-mana melainkan mereka menentang UMNO sendiri. Sedangkan PAS yang bermodalkan Islam sebagai penjana kempen politik mereka pula, adakalanya lebih keras tindak-tanduk mereka berbanding Wahabi dan Kaum Muda, manakan boleh berlembu dan bertoleransi dalam banyak hal.

Dek kerana itulah, apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada LGBT dan pemurtadan umat Islam, apabila PAS secara sembunyi-sembunyi memberikan sokongan kepada PKR dalam isu-isu tersebut, PAS menjadi sasaran kemarahan sehingga akhirnya PAS kehilangan Kedah yang mereka kuasai secara selesa pada tahun 2008. Beitu juga dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen PAS berpindah kepada UMNO.

Semuanya kerana sokongan PAS kepada PKR yang tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS sendiri.

PAS mungkin boleh bayar saman tersebut tanpa perlu bersusah payah. Namun imej Hadi Awang sebagai Presiden parti, telah tercalar teruk. Lebih-lebih lagi menjelang PRK DUN Kajang di mana kebanyakan Melayu-Islam di DUN Kajang, merupakan penyokong tegar PAS dan undi mereka amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, peratusan Cina sebagai pengundi di DUN Kajang juga melebihi 40%.

Para sahabat dari PAS yang penulis temui semalam, lebih memberatkan isu maruah. PKR kata mereka perlu diajar. Rayuan untuk mengurangkan jumlah saman tersebut, tidak sepatutnya dilakukan. Bahkan bayaran perlu dibuat sesegera mungkin. Namun pada masa yang sama juga, PAS perlu mengajar PKR agar tidak memperlekehkan dan memperbudak-budakkan PAS. PRK DUN Kajang kata mereka lagi, seharusnya dijadikan sebagai pemangkin kepada gerakan tersebut. Biar selepas ini, bekas-bekas ahli UMNO yang mempunyai pelbagai masalah peribadi itu sedar diri bahawa yang benar-benar memerlukan sokongan adalah PKR, bukannya PAS.

Cuma satu sahajalah yang penulis dapat katakan, semangat yang berkobar-kobar dan cakap yang berdegar-degar itu, sekadar sesama sendiri sahaja. Apabila di hadapan orang PKR, bukan kata lembik, bahkan tak disuruh pun orang PAS akan menjilat telapak kaki orang PKR dengan rela hati walaupun terpaksa menanggalkan serban dan jubah yang dipakai! 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.