Setelah hampir dua bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pada
November 1998, Setiausaha
Negara Amerika Syarikat (AS), Madeleine K. Albright telah
menemui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pertemuan
diadakan di New World Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
(sekarang dikenali sebagai Renaissance Hotel) turut dihadiri oleh
Duta AS ke Malaysia, John R. Malott.
Wan
Azizah tiba di hotel itu, jam 6.45 petang, manakala Albright tiba jam
7.23 petang.
Apabila
ditanya wartawan, selepas keluar dari pertemuan itu, kira-kira jam
8.05 malam, Wan Azizah berkata beliau gembira dengan hasil pertemuan
itu.
“Mereka
menawarkan saya segala-galanya,” kata Wan Azizah.
Wolfensohn
berkata, dia dan isterinya adalah rakan baik dengan Azizah dan
suaminya, Anwar Ibrahim, selama beberapa tahun.
Pada
Jun 2000, sebuah yayasan tajaan George Soros, the Stefan Batory
Foundation telah menjemput Wan Azizah sebagai ahli panel dalam World
Forum on Democracy (WFD)
di Warsaw, Poland.
Mengiringi
Wan Azizah hadir ke forum itu adalah Elizabeth Wong (ketika itu
aktivis hak asasi manusia-SUARAM) dan Adlin Zabri, felo di Institut
Kajian Dasar (IKD).
Selain
Wan Azizah, ahli panel lain adalah George Soros (Pengerusi Open
Society Institute-OSI dan Soros Fund Management), Aryeh Neier
(Presiden Open Society Institute-OSI), Bette Bao Lord (Pengerusi
Freedom House), Carl Gershman, (Presiden National Endowment for
Democracy-NED), Paul Wolfowitz (Dekan Johns Hopkins School of
Advanced International Studies-SAIS), Kenneth Adelman (Setiausaha
Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House), Thomas Melia, (Naib Presiden
National Democratic Insititute-NDI), Aleksander Smolar (Presiden
Stefan Batory Foundation) dan lain-lain.
Forum
demokrasi itu telah dirasmikan oleh Madeleine Albright, Setiausaha
Negara AS.
Khidmat
Albright sebagai Setiausaha Negara AS ditamatkan pada 20 Januari 2001
dan kemudian beliau dilantik sebagai Pengerusi
National Democratic Insititute (NDI), salah satu cabang daripada
National Endowment for Democracy (NED).
Selanjutnya,
sila baca, “Menjejaki
Lingkaran Anwar & Zionis(10) – Naungan The Albright Group,”
dan “Menjejaki Lingkaran
Anwar & Zionis(11) – Sokongan AlBright berterusan.”
“Forum
ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh
dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah
dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang
tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe
berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan
sebagai kemenangan”, kata Soros yang menjadi mastermind projek
demokrasi tersebut.
Berdasarkan
‘menu’ World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland jelas
menunjukkan projek demokrasi digerakkan melalui kombinasi kerjasama
kerajaan AS, Freedom House, NED, NDI dan Soros (OSI-Soros Fund).
Selanjutnya,
sila baca, “NED, Soros,
CIA & Sekutu ‘Regime Change,’”Hubungan
Anwar Ibrahim dan George Soros,” “Menjejaki
Anwar ke Amerika Syarikat (6) – Soros,” dan “Menjejaki
Anwar ke Amerika Syarikat (7) – Konspirasi Soros & Al Gore.”
Pada
tahun 2010, Raja Petra Kamaruddin (RPK) membangkitkan persoalan dana
Soros yang dikaitkan dengan dua orang bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd
Nor dan Anuar Shaari.
Laman
ini telah menemui Ezam pada 20 April 2010 untuk mendapat penjelasan
tentang isu tersebut.
Ezam
menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya individu yang berjumpa dengan
Soros dakwa bekas Ketua AMK adalah Wan Azizah dan Azmin Ali.
AIDC
: Raja Petra Kamarudin pernah menuduh anda menerima duit daripada
Soros ketika anda berkunjung ke AS. Adakah cerita ini benar ?
Tentunya
tidak benar. Saya sehingga hari ini, semenjak saya lahir sampai ke
hari ini, saya tak pernah jumpa George Soros ataupun mana-mana wakil
beliau.
Betul,
saya pernah pergi ke Washington, AS.
Betul,
seperti yang Raja Petra sebut, saya pergi dengan Anuar Shaari dan dua
orang lagi rakyat Malaysia yang Raja Petra tidak sebutkan.
Saya
nak sebutkan di sini, ianya Azmin Ali dan Adlin. Azmin Ali adalah
Setiausaha Sulit Anwar. Adlin Murtadza Zabri adalah Setiausaha Akhbar
kepada Anwar satu ketika dulu.
Jadi,
kami semua ini setiausaha-setiausaha yang pergi ke AS. Tetapi bukan
untuk berjumpa George Soros.
Ini
hebatnya Raja Petra ni, dia half truth. Selalunya perkara-perkara
yang dia sebutkan adalah perkara yang half truth.
Saya
dan Anuar Shaari betul ke AS. Tapi dia tak ceritakan sepenuhnya.
Sepenuhnya bukan saya dengan Anuar Shaari sahaja. Ada lagi Azmin Ali
dan Adlin.
Dan
kami ke AS pada ketika itu adalah untuk berjumpa dengan ahli-ahli
Kongres di Washington.
Saya
yang mengetuai. Kebetulan saya kenal baik dengan Duta Cambodia di AS,
Honourable Roland. Jadi, saya menumpangnya. Dia yang uruskan dan kita
berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington. Tapi kita tidak
jumpa Soros.
Yang
berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang
diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.
Elizabeth
Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui
NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.
Saya
tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang
menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya.
Pertemuan
tersebut tidak pernah dinyatakan atau dibentangkan secara rasmi dalam
mesyuarat parti. Jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Sama ada,
ada duit yang diberikan.
Sebab
kalau jumpa Soros, orang akan tanya pasal duit, sebab Soros ni banyak
duit. Sebelum orang tanya, saya nak beritahu, saya tidak tahu sebab
tidak dilaporkan dan Wan Azizah tidak cerita bab duit. Memang dia tak
pernah cerita bab duit dengan saya pun. Jadi, mungkin ada duit yang
diberikan.
Kalau
ikut Raja Petra $10 juta US yang diberikan kepada saya dan Anuar
Shaari, tentunya itu tidak betul kerana saya tidak jumpa George
Soros.
Mungkin
$10 juta itu yang diberikan oleh Soros kepada Wan Azizah, Azmin dan
Elizabeth Wong.
Saya
minta penjelasan daripada mereka ataupun pihak-pihak yang berwajib
minta penjelasan daripada mereka.
Itu
hakikatnya dan jelas saya ingin tegaskan bahawa Raja Petra membuat
fitnah terhadap saya dan Anuar Shaari.
AIDCNews – 20/3/14
No comments:
Post a Comment