Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 20, 2014

Wan Azizah Tahu Anwar Ada Hubungan Dengan Yahudi

Setelah hampir dua bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pada November 1998, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Madeleine K. Albright telah menemui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pertemuan diadakan di New World Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Renaissance Hotel) turut dihadiri oleh Duta AS ke Malaysia, John R. Malott.
Wan Azizah tiba di hotel itu, jam 6.45 petang, manakala Albright tiba jam 7.23 petang.
Apabila ditanya wartawan, selepas keluar dari pertemuan itu, kira-kira jam 8.05 malam, Wan Azizah berkata beliau gembira dengan hasil pertemuan itu.
Mereka menawarkan saya segala-galanya,” kata Wan Azizah.



Beberapa bulan selepas itu, Wan Azizah dikunjungi pula oleh Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn.

Wolfensohn berkata, dia dan isterinya adalah rakan baik dengan Azizah dan suaminya, Anwar Ibrahim, selama beberapa tahun.
Pada Jun 2000, sebuah yayasan tajaan George Soros, the Stefan Batory Foundation telah menjemput Wan Azizah sebagai ahli panel dalam World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland.

Mengiringi Wan Azizah hadir ke forum itu adalah Elizabeth Wong (ketika itu aktivis hak asasi manusia-SUARAM) dan Adlin Zabri, felo di Institut Kajian Dasar (IKD).
Selain Wan Azizah, ahli panel lain adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute-OSI dan Soros Fund Management), Aryeh Neier (Presiden Open Society Institute-OSI), Bette Bao Lord (Pengerusi Freedom House), Carl Gershman, (Presiden National Endowment for Democracy-NED), Paul Wolfowitz (Dekan Johns Hopkins School of Advanced International Studies-SAIS), Kenneth Adelman (Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House), Thomas Melia, (Naib Presiden National Democratic Insititute-NDI), Aleksander Smolar (Presiden Stefan Batory Foundation) dan lain-lain.
Forum demokrasi itu telah dirasmikan oleh Madeleine Albright, Setiausaha Negara AS.
Khidmat Albright sebagai Setiausaha Negara AS ditamatkan pada 20 Januari 2001 dan kemudian beliau dilantik sebagai Pengerusi National Democratic Insititute (NDI), salah satu cabang daripada National Endowment for Democracy (NED).


Forum ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan sebagai kemenangan”, kata Soros yang menjadi mastermind projek demokrasi tersebut.
Berdasarkan ‘menu’ World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland jelas menunjukkan projek demokrasi digerakkan melalui kombinasi kerjasama kerajaan AS, Freedom House, NED, NDI dan Soros (OSI-Soros Fund).

Pada tahun 2010, Raja Petra Kamaruddin (RPK) membangkitkan persoalan dana Soros yang dikaitkan dengan dua orang bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari.
Laman ini telah menemui Ezam pada 20 April 2010 untuk mendapat penjelasan tentang isu tersebut.
Ezam menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya individu yang berjumpa dengan Soros dakwa bekas Ketua AMK adalah Wan Azizah dan Azmin Ali.


AIDC : Raja Petra Kamarudin pernah menuduh anda menerima duit daripada Soros ketika anda berkunjung ke AS. Adakah cerita ini benar ?

Tentunya tidak benar. Saya sehingga hari ini, semenjak saya lahir sampai ke hari ini, saya tak pernah jumpa George Soros ataupun mana-mana wakil beliau.
Betul, saya pernah pergi ke Washington, AS.
Betul, seperti yang Raja Petra sebut, saya pergi dengan Anuar Shaari dan dua orang lagi rakyat Malaysia yang Raja Petra tidak sebutkan.
Saya nak sebutkan di sini, ianya Azmin Ali dan Adlin. Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit Anwar. Adlin Murtadza Zabri adalah Setiausaha Akhbar kepada Anwar satu ketika dulu.
Jadi, kami semua ini setiausaha-setiausaha yang pergi ke AS. Tetapi bukan untuk berjumpa George Soros.
Ini hebatnya Raja Petra ni, dia half truth. Selalunya perkara-perkara yang dia sebutkan adalah perkara yang half truth.
Saya dan Anuar Shaari betul ke AS. Tapi dia tak ceritakan sepenuhnya. Sepenuhnya bukan saya dengan Anuar Shaari sahaja. Ada lagi Azmin Ali dan Adlin.
Dan kami ke AS pada ketika itu adalah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington.
Saya yang mengetuai. Kebetulan saya kenal baik dengan Duta Cambodia di AS, Honourable Roland. Jadi, saya menumpangnya. Dia yang uruskan dan kita berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington. Tapi kita tidak jumpa Soros.
Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.
Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.
Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya.
Pertemuan tersebut tidak pernah dinyatakan atau dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat parti. Jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Sama ada, ada duit yang diberikan.
Sebab kalau jumpa Soros, orang akan tanya pasal duit, sebab Soros ni banyak duit. Sebelum orang tanya, saya nak beritahu, saya tidak tahu sebab tidak dilaporkan dan Wan Azizah tidak cerita bab duit. Memang dia tak pernah cerita bab duit dengan saya pun. Jadi, mungkin ada duit yang diberikan.
Kalau ikut Raja Petra $10 juta US yang diberikan kepada saya dan Anuar Shaari, tentunya itu tidak betul kerana saya tidak jumpa George Soros.
Mungkin $10 juta itu yang diberikan oleh Soros kepada Wan Azizah, Azmin dan Elizabeth Wong.
Saya minta penjelasan daripada mereka ataupun pihak-pihak yang berwajib minta penjelasan daripada mereka.
Itu hakikatnya dan jelas saya ingin tegaskan bahawa Raja Petra membuat fitnah terhadap saya dan Anuar Shaari.
AIDCNews – 20/3/14 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.