Melihat
politik Terengganu sekarang, seorang pemerhati politik berkata, "Hairan
saya macam tak ada kerja lain nak kacau MB tertentu. Tengoklah sikit kalau BN
tu kuat tak pa lah. GE 14 pun belum tentu lepas. Sementara tu jgnlah keruhkan
keadaan....."
Ada
pihak yang seolah-olah tidak peduli keadaan politik Terengganu yang perlu
bersatu demi mempertahankan negeri tersebut dari jatuh ke PAS. Mereka terus
dengan politik cah keting untuk kerjakan MB.
Sementang
lah Mat Said itu Anak Pemanjat Kelapa pengumpul gula nipah dan bukan anak
seorang yang mampu hantar anak belajar ke Australia tapi akhirnya ijazah
diperolehi di USM saja.
Kalau
nak dipersalahkan Mat Said kerana terlalu terus terang hingga digambarkan
sebagai oleh kolumnis upahan The Star Joceline Tan sebagai degil dan pemarah,
sekurang-kurangnya Mat Said bukan orang berpura-pura dan tikam belakang.
Mat
Said dikhlas untuk membela rakyat marhaen dan program pro rakyatnya adalah
terbaik berbanding dengan negeri-negeri BN dan PR lain.
Sebagaimana
ucapannya yang sering mengulangkan harapan yang meyerupai isi dalam doa
sembahyang dhuha, bbegitulah apa yang dilakukan. Dengan Mat Said, tiada depan
cerita lain dan belakang main lain.
Nampaknya
macam ada usaha teratur yang mahu menjatuhkan Mat Said. Bermula dengan ruang
pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, ianya disambbut dan
digembar-gemburkan oleh penulis upahan seorang YB yang konon menafikan inginkan
jawatan.
Penulis
upahan telah mendapatkan bantuan portal pembangkang FMT untuk membesar-besarkan
kisah ini dan ada cybertrooper berbayar telah dikenalpasti ada bersama.
Sundaily yang aga seiring seirama dengan FMT pun turut menyambut.
Hari
minggu ini, kolumnis The Star Joceline Tan pula menyambut dengan tajuk yang
agak kurang ajar bunyinya.
Dalam
tulisan "Will he go gently like a gentlemen?", Joceline seolah-olah
menggambarkan ianya sidah pasti dan hanya sikap Ahmad Said saja yang akan jadi
penghalang.
Jelas
sekali Joceline Tan menulis menurut skrip yag disediakan oleh sumber yang hanya
disebut sebagai "senior politician" tanpa menyedari calun-calun yang
mahu di tawarkan bukan calun yang esuai perwatakan.
Penulis
The Star (yang akhbarnya pro DAP walaupun dipunyai MCA) hanya membantu
memudahkan negeri tersebut jatuh kepada PAS.
Agak
biadap dan kurang ajar komen seorang bernama Dr Azmi yang memandai berkata
berikut:
Flying
Kick SINI mempersoalkan kredibilit Dr Azmi yang ada kepentingan.
Siapa Dr. Azmi yang memberi ulasan kononnya Mat Said akan menjahanamkan UMNO Terengganu? Kononnya kerana Mat Said terlebih memberikan tumpuan kepada rakyat, maka UMNO Terengganu akan kehilangan penguasaan ke atas negeri tersebut? Siapa Dr. Azmi yang membuat analisa hanya kerana dia ada gelaran Dr. tetapi sebenarnya dia hanyalah macai kepada seorang Exco yang sekarang ini sedang bercita-cita besar untuk menyingkirkan Mat Said dan menggantikan Menteri Besar tersebut.
Kesedian
Dr Azmi berkata Terengganu akan jatuh kepada PAS hanya menunjukkan pihak yang
mahu menjatuhkan MB sanggup lakukan apa saja.
Kumpulan
6 yang sering bertemu di hotel TH di Kuala Terengganu ini hanya bertindak atas
dendam dan tanggapan salah bahwa Mat Said yang menjatuhkan Idris Jusoh.
Padahal
Idris pun tahu, Mat Said hanya menjalankan titah perintah DYMM Sultan dan dia
tidak ada memulakan usaha sedemikian.
Ini
begitu jelas menunjukkan Joceline Tan memputarbelit cerita yang mana ditambah
dengan pembohongan fakta seperti konon
ada janji Mat Said untuk menang 29 dari 32 kerusi dan konon ada janji kekal
untuk satu tahun sahaja.
Kalau
hal ini Joceline Tan sendiri akui tiada bukti dan surat yang dia sendiri lihat
melainkan hanya dilihat kononnya oleh sumber "senior politician",
kenapa pula ianya perlu disebut?
Jelas
sekali wartwan veteran ini kembali pada tabiat lama meninggalkan etika
kewartawanan apabila ia diperlukan dan sesuai dengan kehendaknya. Joceline
tidak malu untuk mengampu jika diperlukan.
Harap
Dato Najib jangan tersilap termakan cakap pihak-pihak yang cuba mengembar
gemburkan khabar angin dengan tujuan menyediakan persepsi untuk memudahkan
pengguguran Mat Said.
Kalau
Dato Najib dah silap dengan senarai calun pada PRU13, jangan diulang kesilapan
sama dari sumber yang sama.
Nak
tadbir Terengganu dan hadapi PAS bukan boleh pemimpin yang lembik-lembik yang
pihak sebelah sana cadangkan. Graduan U Penn yang neutral dari Mat Said dan
budak Idris Jusoh pun belum cekap dalam sepak terajang politik Terengganu.
No comments:
Post a Comment