Nampaknya
puak pembangkang dah mula bimbang tak ada yang mahu turun ketika demo membantah
GST. Biarpun GST baik untuk rakyat dan negara, puak ini tetap mahu mempergunakan
ia sebagai alasan dan menjadikan ahli-ahli mereka sebagai keldai demonstrasi.
Agak
mengejutkan apabila dua surat yang telah tersebar di media sosial ini memaksa
ahli mereka turun untuk menghuru-harakan keadaaan. Tidakkah mereka tahu akibat
berdemonstrasi ini?
Tindakan
terdesak mereka ini sebenarnya dilihat oleh DAP dengan hilai tawa dan sorakan
tepuk tangan. Melihat bangsa Melayu dijadikan alat untuk berada di jalanan dan
puak DAP hanya perlu senyum sahaja.
Himpunan
membantah dan menolak usul kerajaan tidak seharusnya dijadikan budaya di negara
ini kerana ia tidak memberikan faedah kepada negara malahan memberi kesan buruk
dan boleh mengakibatkan huru-hara.
Cuba
lihat negara-negara yang sentiasa berdemonstrasi, semuanya menimbulkan konflik
dan pertumpahan darah. Itukah yang PAS dan PKR mahu? Itukah yang PAS dan PKR
mahu perjuangkan?
Kalau mereka turun bermakna mereka hanya layak berpolitik di jalanan
No comments:
Post a Comment